KISAH RASUL-RASUL 20:34-35
KISAH RASUL-RASUL 20:34-35 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu sendiri tahu bahawa dengan tangan sendiri, aku bekerja untuk mencukupi keperluanku dan rakan-rakanku. Dalam segala perkara aku sudah memberikan teladan kepada kamu bahawa dengan bekerja keras seperti ini, kita harus menolong orang yang lemah. Ingatlah akan kata-kata Tuhan Yesus, ‘Lebih berbahagia memberi daripada menerima.’ ”
KISAH RASUL-RASUL 20:34-35 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahkan, kamu sŭndiri tŭlah mŭngŭtahui, bahwa kadua tanganku ini bŭkŭrja akan mŭnchari kahidopanku, dan kahidopan orang yang sŭrta dŭngan aku. Maka aku tŭlah mŭnunjokkan pada kamu dalam sagala pŭrkara, bahwa patutlah kamu pun dŭngan bŭrlŭlah dŭmkian juga mŭnulong akan sagala orang yang lŭmah, sŭrta ingat akan pŭrkataan Tuhan Isa itu, bŭtapa iya sŭndiri tŭlah bŭrkata, Adapun mŭmbri itu lebih slamat deripada mŭnŭrima.
KISAH RASUL-RASUL 20:34-35 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu tahu bahawa kedua-dua belah tanganku ini telah bekerja untuk mencukupkan sara hidupku dan orang yang bersamaku. Dalam semua perkara aku telah menunjukkan teladan kepadamu iaitu bagaimana kamu juga patut bekerja demikian untuk menolong orang yang lemah; dan ingatlah firman Tuhan Yesus, ‘Memberi itu lebih berkatnya daripada menerima.’ ”