KISAH RASUL-RASUL 20:22-24
KISAH RASUL-RASUL 20:22-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekarang untuk mentaati perintah Roh Allah, aku akan pergi ke Yerusalem tanpa mengetahui apa yang akan berlaku kepadaku di situ. Aku hanya tahu bahawa di setiap kota, Roh Allah telah memberitahu aku bahawa aku akan mengalami penderitaan dan akan dipenjarakan. Tetapi aku tidak mengambil berat sama ada aku hidup atau mati. Aku hanya ingin menyelesaikan tugas yang aku terima daripada Tuhan Yesus. Aku diberikan tugas untuk mengkhabarkan Berita Baik tentang rahmat Allah.
KISAH RASUL-RASUL 20:22-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka skarang pun kŭtahuilah ulih kamu, bahwa aku tŭlah diajak ulih Roh akan pŭrgi kanŭgri Jerusalem, maka tiada kukŭtahui apakah garangannya kŭsudahanku disana. Mŭlainkan adalah disaksikan ulih Roh Alkudos padaku katanya, Pada tiap tiap nŭgri bŭbrapa bŭlunggu dan kŭsukaran ada mŭnantikan aku Akan tŭtapi tiada aku pŭdulikan barang suatu jua pun deripada sagala pŭrkara ini, dan tiada pula kuindahkan nyawaku, supaya aku mŭnggŭnapi pŭrjalananku dŭngan suka chita, dan jawatan yang tŭlah kupŭrulih deripada Tuhan Isa itu akan mŭnyatakan Injil nikmat Allah itu.
KISAH RASUL-RASUL 20:22-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekarang aku pergi ke Yerusalem mentaati perintah Roh Kudus sedangkan aku tidak tahu apa yang akan berlaku kepadaku. Yang kuketahui hanyalah ini: Dari kota ke kota Roh Kudus telah memberikan kesaksian kepadaku dan berkata bahawa penjara dan penderitaan ada lagi menantikan aku. Tetapi sekali-kali aku tidak mengendahkan soal nyawaku, asalkan aku dapat menyempurnakan tanggungjawab dan tugas yang kuterima daripada Tuhan Yesus iaitu memberikan kesaksian akan Injil tentang kasih kurnia Allah.