KISAH RASUL-RASUL 20:2-3
KISAH RASUL-RASUL 20:2-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia mengunjungi daerah Makedonia dan dengan banyak ajaran Paulus menggalakkan pengikut Yesus di situ. Kemudian dia pergi ke Akhaya. Di situ dia tinggal selama tiga bulan. Dia sedang bersiap-siap untuk pergi ke Siria, apabila dia mendengar bahawa orang Yahudi berkomplot untuk membunuh dia. Oleh itu, Paulus mengambil keputusan untuk kembali melalui Makedonia.
KISAH RASUL-RASUL 20:2-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭtlah sudah iya mŭlalui sagala jajahan itu sambil mŭmbri bŭbrapa nasihat, lalu sampielah iya kŭtanah Grika. Maka tinggallah iya tiga bulan lamanya disana; maka apabila diadang ulih orang Yahudi akan dia tŭtkala iya handak bŭrlayar kabŭnua Syria, sŭbab itu bŭrfikirlah iya handak pulang mŭlalui Makadonia.
KISAH RASUL-RASUL 20:2-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia menjelajahi seluruh Makedonia sambil memberikan nasihat kepada orang di situ. Kemudian dia tiba di Yunani dan tinggal di sana selama tiga bulan. Apabila dia hendak belayar ke Siria, dia mendengar bahawa orang Yahudi berpakat hendak membunuhnya. Oleh itu, dia membuat keputusan hendak berangkat melalui Makedonia.