KISAH RASUL-RASUL 2:38-47

KISAH RASUL-RASUL 2:38-47 Alkitab Berita Baik (BM)

Petrus menjawab, “Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu dibaptis demi nama Yesus Kristus, supaya dosa saudara-saudara diampunkan lalu saudara semua akan menerima pemberian Allah, iaitu Roh Allah. Allah menjanjikan hal itu untuk saudara-saudara dan keturunan saudara semua, serta untuk semua orang di tempat-tempat yang jauh - iaitu sesiapa sahaja yang dipanggil oleh Tuhan Allah kita supaya datang kepada-Nya.” Demikianlah Petrus memberikan penjelasan kepada mereka. Dengan kata-kata lain, dia juga mendesak mereka supaya menyelamatkan diri daripada hukuman yang akan datang kepada orang jahat di negeri ini. Banyak orang percaya kepada apa yang dikatakan oleh Petrus, lalu mereka dibaptis. Jumlah orang yang percaya kepada Kristus pada hari itu bertambah lagi dengan tiga ribu orang. Dengan tekun mereka menerima ajaran daripada rasul-rasul. Mereka hidup bersaudara, makan bersama-sama, dan berdoa bersama-sama. Banyak mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh rasul-rasul itu, sehingga semua orang kagum dan takut. Semua pengikut Kristus berkumpul dengan penuh keakraban, dan mereka berkongsi milik. Mereka menjual harta milik dan membahagi-bahagikan wang itu di kalangan mereka menurut keperluan masing-masing. Tiap-tiap hari mereka berkumpul di Rumah Tuhan, dan mereka makan bersama di rumah mereka dengan sukacita dan rendah hati. Mereka memuji Allah dan mereka dihormati oleh semua orang. Tiap-tiap hari Tuhan menambah bilangan mereka dengan orang yang diselamatkan oleh Allah.

KISAH RASUL-RASUL 2:38-47 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka bŭrkatalah Petros pada marika itu, Handaklah kamu taubat, dan handaklah masing masing deripada kamu dibaptisakan dŭngan nama Isa Almasih, supaya dosa kamu diampuni, maka nŭschaya kamu pun kŭlak akan dikurniakan Roh Alkudus. Kŭrna adapun pŭrjanjian itu bagie kamu, dan bagie anak anak kamu, dan bagie sagala orang yang jauh jauh pun, dan bŭbrapa pun orang yang dijŭmpot ulih Allah Tuhan kami. Maka dŭngan bŭbrapa pŭrkataan yang lain lain lagi disaksikannya, sŭrta iya mŭmbri nasihat, katanya, Lŭpaskanlah dirimu deripada bangsa yang tŭrbalek ini. ¶ Arkian maka sagala orang yang tŭlah mŭnŭrima pŭrkataannya itu dŭngan suka hatinya itu pun dibaptisakan; maka pada hari itu juga masoklah bilangan sama sama, ada kira kira tiga ribu orang banyaknya. Maka sagala orang itu pun tŭtaplah dalam pŭngajaran sagala rasol, dan pŭrsukutuan, dan mŭmakan roti, dan mŭminta doa. Maka orang orang skalian pun kŭtakotanlah, dan banyaklah pŭrkara ajaib yang diadakan ulih sagala rasol itu. Maka sagala orang yang pŭrchaya itu pun adalah bŭrhimpun bŭrsama sama, dan sagala barang barang itu pun mŭnjadi sama pŭrulihannya. Maka dijuallah marika itu akan sagala harta bŭndanya, lalu dibahgikanlah dia itu diantara sagala orang murid, masing masing pada kŭdarnya. Maka marika itu skalian pun dudoklah dalam ka’abah dŭngan suatu hati, sŭrta mŭmakan roti deripada sa’buah rumah kasa’buah rumah, dan dimakanlah ulih marika itu rŭzkinya dŭngan bŭrsuka suka, dan tulus hati. Sambil mŭmuji Allah, dan bŭrulih kasihan diantara sagala orang; maka ditambahi Allah pada sahari hari bagie sidang jŭmaah itu bŭbrapa orang yang patut bŭrulih slamat.

KISAH RASUL-RASUL 2:38-47

KISAH RASUL-RASUL 2:38-47 BM