KISAH RASUL-RASUL 2:3-8
KISAH RASUL-RASUL 2:3-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu mereka nampak sesuatu yang menyerupai lidah api yang menjalar dan menghinggapi setiap orang di situ. Mereka semua dikuasai oleh Roh Allah. Mereka mula berkata-kata dalam pelbagai bahasa lain, menurut apa yang diberikan oleh Roh Allah kepada mereka. Pada waktu itu banyak orang Yahudi dari pelbagai negeri di seluruh dunia, tinggal di Yerusalem. Mereka orang yang menyembah Allah. Apabila mendengar suara itu, banyak orang datang berkumpul di situ. Mereka terkejut mendengar pengikut-pengikut Kristus itu berkata-kata dalam bahasa yang digunakan oleh mereka masing-masing. Orang ramai itu tercengang dan hairan lalu berkata, “Orang yang bertutur ini semuanya orang Galilea! Tetapi mengapa kita mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa negeri kita masing-masing?
KISAH RASUL-RASUL 2:3-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭrtampaklah pada marika itu bŭbrapa lidah spŭrti api yang tŭrbŭlah bŭlah, maka hinggaplah iya ka’atas masing masing marika itu. Maka hati skalian marika itu pun dipŭnohilah dŭngan Roh Alkudus; maka marika itu pun mŭmulailah bŭrkata kata dŭngan bahsa lain lain, spŭrti yang dikurniakan kwasa ulih Roh itu pada marika itu bŭrkata kata. Shahadan maka adalah bŭbrapa orang Yahudi yang diam diJerusalem, iya itu orang bŭrbakti deripada sagala bangsa dibawah langit. Adapun sŭtlah kadŭngaranlah khabar itu, maka bŭrhimponlah sagala orang sŭrta dŭngan hierannya, sŭbab masing masing mŭnŭngar marika itu bŭrkata kata dŭngan bahsa bahsanya sŭndiri. Maka marika itu skalian pun hieranlah dŭngan tŭrchŭngangnya; kata sa’orang kapada sa’orang, Tengoklah, bukankah sagala orang yang bŭrkata kata itu orang Galilia? Untah bagimanakah garangan masing masing kami mŭnŭngar marika itu bŭrkata kata dŭngan bahsa nŭgri yang tŭmpat kami dipranakkan?
KISAH RASUL-RASUL 2:3-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian kelihatan lidah-lidah yang berbelah-belah, seperti api rupanya, dan setiap satu hinggap di atas setiap orang daripada mereka. Mereka semuanya dipenuhi Roh Kudus lalu mulai bertutur dalam pelbagai bahasa asing, seperti yang diberikan oleh Roh itu. Pada waktu itu terdapat orang Yahudi yang salih daripada segala bangsa di bawah langit tinggal di Yerusalem. Apabila mendengar bunyi itu, mereka datang beramai-ramai lalu tercengang kerana masing-masing mendengar orang bertutur dalam bahasanya. Mereka hairan dan takjub lalu berkata sesama sendiri, “Bukankah semuanya yang berkata-kata ini orang Galilea? Bagaimanakah mungkin masing-masing kita mendengar bahasa ibunda sendiri?