KISAH RASUL-RASUL 2:21-39

KISAH RASUL-RASUL 2:21-39 Alkitab Berita Baik (BM)

Pada masa itu, sesiapa yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.’ Saudara-saudara orang Israel! Dengarlah kata-kata saya ini: Yesus orang Nasaret itu sudah diberikan tugas oleh Allah. Hal ini dinyatakan kepada saudara semua dengan mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh Allah melalui Dia. Saudara-saudara mengetahui hal itu, kerana semua peristiwa itu berlaku di kalangan saudara. Sesuai dengan rancangan-Nya sendiri, Allah sudah menentukan bahawa Yesus akan diserahkan kepada saudara-saudara. Saudara semua membunuh Dia ketika menyebabkan orang berdosa menyalibkan Dia. Tetapi Allah sudah membangkitkan Dia daripada kematian. Allah membebaskan Dia daripada derita kematian, kerana tidak mungkin Dia dikuasai terus oleh kematian. Daud pernah berkata tentang Yesus, ‘Aku sentiasa melihat Engkau Tuhan di hadapanku; Engkau mendampingi aku, sehingga tiada apa pun dapat menyusahkan aku. Oleh itu aku bersukacita dan bergembira ketika berkata-kata; walaupun aku hanya manusia, tetapi aku tetap berharap kepada-Mu, kerana Engkau tidak akan meninggalkan aku di dunia orang mati. Engkau tidak akan membiarkan tubuh hamba-Mu yang setia itu hancur. Engkau sudah menunjukkan jalan yang menuju ke hidup sejati, dan aku bersukacita kerana Engkau menyertai aku.’ Saudara-saudara, saya harus berkata dengan jelas tentang nenek moyang kita Daud. Dia sudah meninggal dan dikuburkan, dan kuburnya masih ada antara kita sehingga sekarang. Allah bersumpah bahawa Dia akan melantik salah seorang keturunan Daud menjadi raja, seperti Daud sendiri. Daud tahu akan janji Allah itu, kerana Daud pun seorang nabi. Daud mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Allah. Oleh itu Daud bernubuat tentang kebangkitan Penyelamat yang diutus oleh Allah. Daud berkata, ‘Dia tidak akan ditinggalkan di dunia orang mati; tubuh-Nya tidak akan hancur di kubur.’ Yesus inilah yang dibangkitkan oleh Allah daripada kematian. Kami semua sudah menyaksikan hal itu. Allah mengangkat Yesus ke tempat yang berkuasa di sebelah kanan Allah, dan Yesus menerima Roh Allah yang sudah dijanjikan oleh Bapa. Apa yang kamu lihat dan dengar sekarang ini adalah Roh itu yang sudah dicurahkan oleh Yesus ke atas kami. Daud sendiri tidak naik ke syurga, tetapi dia berkata, ‘Tuhan berfirman kepada Tuhanku: Duduklah di sebelah kanan-Ku, sehingga Aku menaklukkan musuh-Mu ke bawah kaki-Mu.’ Oleh itu semua orang Israel harus tahu bahawa Yesus yang saudara-saudara salibkan itu, ialah Dia yang sudah diangkat oleh Allah menjadi Tuhan dan Penyelamat!” Apabila orang ramai mendengar hal itu, mereka sangat gelisah. Lalu mereka bertanya kepada Petrus dan rasul-rasul yang lain, “Saudara-saudara, apakah yang harus kami lakukan?” Petrus menjawab, “Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu dibaptis demi nama Yesus Kristus, supaya dosa saudara-saudara diampunkan lalu saudara semua akan menerima pemberian Allah, iaitu Roh Allah. Allah menjanjikan hal itu untuk saudara-saudara dan keturunan saudara semua, serta untuk semua orang di tempat-tempat yang jauh - iaitu sesiapa sahaja yang dipanggil oleh Tuhan Allah kita supaya datang kepada-Nya.”

KISAH RASUL-RASUL 2:21-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka dŭmkianlah kŭlak akan jadi, bahwa barang siapa yang bŭrsru kapada nama Tuhan iya itu akan tŭrplihara. Hie sagala kamu orang Israil, dŭngarlah ulihmu akan pŭrkataanku ini, adapun Isa orang Nazareth itu, iya itu sa’orang yang dipŭrtunjuki Allah diantara kamu dŭngan bŭbrapa ajaib, dan mujizat, dan alamat, yang tŭlah diadakan Allah ulih dia antara kamu spŭrti yang kamu sŭndiri mŭngŭtahui. Iya itu yang tŭlah sudah disŭrahkan dŭngan bichara yang tŭntu, dan dŭngan pŭngŭtahuan Allah yang tŭrdahulu, maka kamu tŭlah mŭnangkap dan mŭnsalibkan akan dia dŭngan tangan yang jahat, sŭrta mŭmbunoh akan dia. Maka dilŭpaskan Allah akan dia deripada sagala kŭsakitan maut, sŭrta dihidopkannya akan dia, sŭbab maut itu mustahil dapat mŭnahankan dia. Kŭrna Daud tŭlah bŭrkata akan halnya itu, Bahwa aku tŭlah mŭlihat Tuhan pada sŭdiakala dihadapanku, kŭrna iya pada kananku, supaya jangan aku bŭrgrak. Sŭbab itulah hatiku tŭrmasalah, dan lidahku pun mŭngadakan kasukaanlah, tambahan pula tubohku pun akan diam dŭngan harapnya. Kŭrna tiada angkau akan mŭninggalkan jiwaku dalam alam bŭrzak, dan tiada angkau mŭmbiarkan orang suchi itu mŭngŭnai busok. Maka angkau tŭlah mŭnyatakan padaku jalan slamat; maka angkau akan mŭmŭnohi aku dŭngan kasukaan halratmu. Hie tuan tuan, dan sagala saudaraku, biarlah kiranya aku bŭrkata kata kapada kamu dŭngan bibasnya, akan hal nenek moyang, iya itu Daud; maka bahwa sŭsungguhnya iya tŭlah mati, dan tŭrtanam, maka kubornya pun adalah diantara kami sampie skarang ini. Adapun sŭbab iya itu nabilah, maka dikŭtahuinya, bahwa Allah tŭlah bŭrjanji dŭngan sumpah adanya, adapun deripada bŭnih sŭlbinya Allah akan mŭnŭrbitkan Almasih itu dŭngan ka’adaan manusia, iya itu akan mŭndudukki diatas takhta krajaannya. Adapun sŭbab dikŭtahuinya itu tŭrdahulu, maka dikatakannya hal Almasih itu akan dihidopkan pula, bahwa jiwanya tiada ditinggalkan dalam alam bŭrzak; dan lagi tubohnya pula tiada akan mŭngŭnai busok. Maka Isa itulah yang tŭlah dihidopkan Allah pula, maka atas pŭrkara inilah kami tŭlah mŭnjadi saksi. Maka tŭgal iya tŭlah ditinggikan ulih tangan kanan Allah, dan tŭlah ditrimanya deripada Ayah akan pŭrjanjian Roh Alkudus, maka iya pula tŭlah mŭnuangkan akan dia itu spŭrti yang kamu lihat, dan kamu dŭngar pada skarang ini. Kŭrna Daud itu tiada dinaikkan kashorga, tŭtapi iya bŭrkata sŭndiri, Bahwa TUHAN sudah bŭrfŭrman kapada Tuhanku, dudoklah angkau ara kananku: Sahingga kujadikan sagala sŭtrumu itu akan alas kakimu. Sŭbab itu kŭtahuilah hie sagala isi rumah orang Israil, bahwa dŭngan sŭsungguhnya Allah itu tŭlah mŭnjadikan Isa yang tŭlah kamu salibkan itu, iya itu Tuhan dan Almasih. ¶ Maka apabila marika itu mŭnŭngar hal itu, bŭrdŭbarlah hatinya, lalu bŭrkatalah iya kapada Petros, dan kapada sagala rasol yang lain lain itu, Hie tuan tuan dan saudara skalian, apakah yang patut kami bŭrbuat? Maka bŭrkatalah Petros pada marika itu, Handaklah kamu taubat, dan handaklah masing masing deripada kamu dibaptisakan dŭngan nama Isa Almasih, supaya dosa kamu diampuni, maka nŭschaya kamu pun kŭlak akan dikurniakan Roh Alkudus. Kŭrna adapun pŭrjanjian itu bagie kamu, dan bagie anak anak kamu, dan bagie sagala orang yang jauh jauh pun, dan bŭbrapa pun orang yang dijŭmpot ulih Allah Tuhan kami.

KISAH RASUL-RASUL 2:21-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Dan terlaksanalah kelak, bahawa sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.’ Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Yesus orang Nazaret itu seorang Manusia yang dipersaksikan oleh Allah kepadamu dengan mukjizat, keajaiban dan tanda yang dilakukan Allah melalui-Nya dalam kalangan kamu. Kamu sendiri tahu tentang hal itu. Dia, yang diserahkan kepadamu seperti yang telah dirancangkan dan ditentukan oleh Allah, telah kamu salib dan bunuh dengan bantuan orang durjana. Allah telah membangkitkan-Nya, setelah membebaskan-Nya daripada kesengsaraan maut, kerana tidak mungkin maut dapat menahan-Nya. Kerana Daud telah berkata tentang-Nya: ‘Bahawa aku telah melihat Tuhan sentiasa di hadapanku. Dia ada di sisi kananku, aku tidak akan goyah. Maka hatiku bersukacita, dan lidahku bergembira; jasadku juga akan bersandar pada harapan. Kerana Engkau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut, dan Engkau tidak akan membiarkan Orang Suci-Mu reput. Engkau telah menunjukkan jalan hidup, dan Engkau akan memenuhiku dengan kebahagiaan di hadirat-Mu.’ Saudara-saudaraku, aku akan bercakap terus terang kepadamu tentang moyang kita Daud, bahawa dia sudah meninggal dan dimakamkan, dan makamnya ada di tanah kita sampai hari ini. Oleh sebab dia seorang nabi dan menyedari bahawa Allah telah berjanji kepadanya dengan bersumpah bahawa Dia akan mendudukkan seorang daripada benih keturunan jasadnya di atas takhtanya. Dia telah melihat terdahulu hal ini, maka dia bercakap tentang kebangkitan Kristus, bahawa roh-Nya tidak akan ditinggalkan di alam maut, dan jasad-Nya tidak akan reput. Allah telah membangkitkan Yesus ini dan kami semua menyaksikannya. Dia telah dinaikkan ke syurga ke sebelah kanan Allah, dan daripada Allah Bapa Dia telah menerima Roh Kudus yang telah dijanjikan-Nya. Lalu Dia mencurahkan Roh itu seperti yang kamu lihat dan dengar sekarang. Daud tidak naik ke syurga, tetapi dia sendiri berkata demikian, ‘Tuhan berfirman kepada Tuanku: Duduklah di sebelah kanan-Ku, sehingga Kujadikan musuh-musuh-Mu alas kaki-Mu.’ Oleh itu, hendaklah seluruh keturunan kaum Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Yesus, yang kamu salib itu, Tuhan dan Kristus.” Apabila mereka mendengar ini, hati mereka pun berasa tertusuk, lalu mereka berkata kepada Petrus dan para rasul yang lain, “Saudara-saudara, apakah yang patut kami perbuat?” Petrus pun berkata kepada mereka, “Bertaubatlah, dan hendaklah setiap orang daripada kamu dibaptiskan atas nama Yesus Kristus supaya dosa-dosamu diampunkan; dan kamu akan menerima pemberian Roh Kudus; kerana janji itu telah dibuat kepada kamu dan anak-anakmu, dan kepada semua yang jauh-jauh, seberapa ramai yang akan dipanggil oleh Tuhan Allah kita.”

KISAH RASUL-RASUL 2:21-39

KISAH RASUL-RASUL 2:21-39 BMKISAH RASUL-RASUL 2:21-39 BMKISAH RASUL-RASUL 2:21-39 BMKISAH RASUL-RASUL 2:21-39 BM