KISAH RASUL-RASUL 2:17-18
KISAH RASUL-RASUL 2:17-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah berfirman, ‘Inilah yang akan berlaku pada akhir zaman, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua orang. Anak-anak lelaki dan perempuan kamu akan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka; orang muda kamu akan melihat hal-hal yang Aku perlihatkan kepada mereka, orang tua kamu akan mendapat mimpi yang Aku berikan kepada mereka. Bahkan ke atas hamba-hamba-Ku baik lelaki mahupun perempuan, akan Aku curahkan Roh-Ku pada masa itu, dan mereka akan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka.
KISAH RASUL-RASUL 2:17-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka Allah bŭfŭrmanlah akan jadi kŭlak pada hari yang tŭrkumdian, bahwa aku akan mŭnuangkan deripada Rohku ka’atas sagala manusia, maka anakmu laki laki, dan pŭrampuan kŭlak akan bŭrnabuat, dan orang muda mudamu pun akan mŭlihat bŭbrapa pŭnglihatan, dan orang tua tuamu pun akan bŭrmimpi bŭbrapa mimpi. Dan lagi ka’atas sagala hambaku laki laki dan pŭrampuan kŭlak aku akan mŭnuangkan Rohku pada masa itu, maka marika itu akan bŭrnabuat.
KISAH RASUL-RASUL 2:17-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
‘Bahawa akan berlaku pada akhir zaman, firman Allah, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia. Anakmu lelaki perempuan akan bernubuat, Orang mudamu akan melihat penglihatan, Orang tuamu akan bermimpi. Dan ke atas hamba-Ku lelaki perempuan, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ketika itu, lalu mereka bernubuat.