KISAH RASUL-RASUL 17:26-27
KISAH RASUL-RASUL 17:26-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Daripada seorang manusia, Dia menjadikan semua bangsa dan menyuruh mereka mendiami seluruh bumi. Sejak permulaan Dia juga menetapkan masa dan tempat mereka boleh hidup. Allah berbuat demikian supaya mereka mencari Dia, dan mudah-mudahan mereka menjumpai Dia semasa mereka mencari-cari Dia. Tetapi sebenarnya Allah tidak jauh daripada kita masing-masing
KISAH RASUL-RASUL 17:26-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka iya tŭlah mŭnjadikan akan sagala bangsa manusia dudok diatas muka bumi ini deripada suatu darah juga adanya, sŭrta ditŭntukannya tŭrdahulu akan sagala kutika dŭngan pŭratorannya, dan sagala pŭrhinggaan kŭdudokkan masing masing. Supaya haruslah manusia ini mŭnuntot akan Tuhan, mudah mudahan bulih iya mŭraba raba akan Tuhan, dan mŭndapat akan dia, sungguh pun Tuhan tiada jauh deripada masing masing kami.
KISAH RASUL-RASUL 17:26-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Daripada seorang manusia Dia menjadikan semua bangsa manusia yang menduduki seluruh muka bumi; Dia juga menetapkan masa dan daerah tempat mereka hidup. Masing-masing diharap mencari Allah, mudah-mudahan mereka menemui-Nya. Dia tidaklah jauh daripada kita.