KISAH RASUL-RASUL 17:23-25
KISAH RASUL-RASUL 17:23-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada masa saya menjelajahi bandar dan melihat tempat ibadat saudara semua, saya menjumpai sebuah mazbah yang bertuliskan, ‘Kepada Allah Yang Tidak Dikenal’. Sebenarnya, Allah yang saudara-saudara sembah tetapi tidak saudara-saudara kenal, Dialah yang sekarang saya beritakan kepada saudara semua. Allah yang menjadikan dunia ini dengan segala isinya, Dialah Tuhan langit dan bumi. Dia tidak tinggal di dalam kuil-kuil yang dibuat oleh manusia. Dia juga tidak memerlukan pertolongan manusia, kerana Dialah yang memberikan hidup dan nafas serta segala sesuatu kepada manusia.
KISAH RASUL-RASUL 17:23-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna apabila aku mŭlalui tŭmpat itu, dan mŭlihat sagala pŭrkara yang kamu sŭmbah itu, maka aku tŭlah bŭrtŭmu dŭngan suatu tŭmpat pŭrsŭmbahan tŭrsurat diatasnya dŭmkian: KAPADA ALLAH YANG TIADA DIKUTAHUI. Sŭbab iya itu yang kamu sŭmbah dŭngan bŭbal, aku handak mŭnyatakan padamu. Bahwa Allah yang tŭlah mŭnjadikan dunia dŭngan isinya sŭmua, tiada mŭngdiami dalam ka’abah yang dipŭrbuat ulih tangan manusia, sŭbab iya Tuhan langit dan bumi adanya. Atau iya tiada disŭmbah dŭngan pŭrbuatan tangan manusia, sŭrasa iya kŭkorangan sŭsuatu, kŭrna iya juga yang mŭngurniakan pada skalian hayat dan nafas, dan sagala pŭrkara.
KISAH RASUL-RASUL 17:23-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sedang aku berjalan-jalan sambil memerhatikan apa yang saudara-saudara sembah, di suatu tempat aku dapati suatu tempat korban yang ditulis begini: ‘Kepada Tuhan yang tidak diketahui.’ Tuhan yang saudara-saudara sembah tanpa mengetahui-Nya itulah yang hendak aku nyatakan kepada saudara-saudara. Allah yang menjadikan dunia dengan segala isinya ialah Tuhan langit dan bumi tidak tinggal di tempat sembahyang buatan manusia, dan tidak dilayani oleh manusia kerana Dia tidak kekurangan apa-apa. Malah Dialah yang memberi manusia hidup dan nafas serta segala-galanya.