KISAH RASUL-RASUL 17:22-23
KISAH RASUL-RASUL 17:22-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu Paulus berdiri di hadapan orang yang berkumpul di Areopagus dan berkata, “Saudara-saudara orang Atena! Saya melihat bahawa dalam segala hal, saudara-saudara sangat menghormati dewa-dewa. Pada masa saya menjelajahi bandar dan melihat tempat ibadat saudara semua, saya menjumpai sebuah mazbah yang bertuliskan, ‘Kepada Allah Yang Tidak Dikenal’. Sebenarnya, Allah yang saudara-saudara sembah tetapi tidak saudara-saudara kenal, Dialah yang sekarang saya beritakan kepada saudara semua.
KISAH RASUL-RASUL 17:22-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Hata maka bŭrdirilah Paulus ditŭngah tŭmpat Areopagus itu sambil bŭrkata, Hie sagala orang nŭgri Athen, aku mŭlihat kamu ini sa’olah olah orang yang bŭrahi amat atas pŭrkara bukan bukan. Kŭrna apabila aku mŭlalui tŭmpat itu, dan mŭlihat sagala pŭrkara yang kamu sŭmbah itu, maka aku tŭlah bŭrtŭmu dŭngan suatu tŭmpat pŭrsŭmbahan tŭrsurat diatasnya dŭmkian: KAPADA ALLAH YANG TIADA DIKUTAHUI. Sŭbab iya itu yang kamu sŭmbah dŭngan bŭbal, aku handak mŭnyatakan padamu.
KISAH RASUL-RASUL 17:22-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Paulus berdiri di tengah-tengah Areopagus itu lalu berkata, “Saudara-saudara orang Atena, aku lihat dalam semua hal saudara-saudara sentiasa ingat menyembah tuhan. Sedang aku berjalan-jalan sambil memerhatikan apa yang saudara-saudara sembah, di suatu tempat aku dapati suatu tempat korban yang ditulis begini: ‘Kepada Tuhan yang tidak diketahui.’ Tuhan yang saudara-saudara sembah tanpa mengetahui-Nya itulah yang hendak aku nyatakan kepada saudara-saudara.