KISAH RASUL-RASUL 17:10-15
KISAH RASUL-RASUL 17:10-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada malam itu pengikut Yesus di kota itu menyuruh Paulus dan Silas pergi ke Berea. Sebaik sahaja tiba di situ, mereka pergi ke rumah ibadat orang Yahudi. Fikiran orang di situ lebih terbuka daripada fikiran orang di Tesalonika. Mereka suka sekali mendengar perkhabaran tentang Yesus, dan tiap-tiap hari mereka mengkaji Alkitab untuk mengetahui sama ada ajaran Paulus itu benar. Banyak antara mereka percaya kepada Yesus. Banyak wanita Yunani yang terkemuka, dan orang lelaki Yunani yang percaya kepada Yesus. Apabila orang Yahudi di Tesalonika mendengar bahawa Paulus mengkhabarkan firman Allah di Berea juga, mereka pun datang dan mula menghasut orang ramai supaya merusuh. Dengan segera pengikut Yesus di situ menghantar Paulus ke pantai, tetapi Silas dan Timotius tetap tinggal di Berea. Setelah menghantar Paulus sampai ke Atena, pengikut Yesus dari Berea kembali dengan membawa arahan daripada Paulus supaya Silas dan Timotius menyusul dia secepat mungkin.
KISAH RASUL-RASUL 17:10-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Bŭrmula dŭngan skutika itu juga sagala saudara pun mŭnyurohkan Paulus dan Silas pŭrgi kanŭgri Beria pada malam, maka sŭtlah sampielah marika itu kŭsana, lalu masoklah iya kŭdalam kŭnisa orang Yahudi. Adapun orang isi nŭgri itu tŭrlebih mulia hematnya deripada orang Thessalonika, kŭrna iya tŭlah mŭnŭrima pŭrkataan itu dŭngan sŭpŭnoh pŭnoh chŭndrong hatinya, sŭrta iya mŭmreksai pada tiap tiap hari akan kitab, jikalau kiranya sungguh sagala pŭrkataan ini dŭmkian. Arkian maka banyaklah orang diantara marika itu yang pŭrchaya deripada pŭrampuan Grika yang mulia mulia, dan deripada laki lakinya pun bukannya sŭdikit. Tŭtapi tŭtkala dikŭtahui ulih orang Yahudi yang diam dinŭgri Thessalonika, bahwa pŭrkataan Allah tŭlah diajarkan ulih Paulus diBeria, maka datanglah marika itu kŭsana, sŭrta mŭngachaukan sagala kaum itu. Maka dŭngan skutika itu disurohkan ulih sagala saudara itu akan Paulus pŭrgi sŭblah laut, tŭtapi Silas dan Timothius tinggal juga situ. Maka orang yang mŭngiringkan Paulus itu pun mŭmbawalah akan dia kapada Athen, maka Paulus pun bŭrpŭsanlah kapada marika itu minta sampiekan kapada Silas dan Timothius, supaya marika itu pun datang kapadanya dŭngan sŭgranya, maka kumdian marika itu pun kŭmbalilah.
KISAH RASUL-RASUL 17:10-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Para murid Yesus itu segera menyuruh Paulus dan Silas bertolak ke Beria pada waktu malam. Setelah sampai di sana, mereka masuk ke saumaah orang Yahudi. Orang Yahudi di situ lebih mulia rohaninya daripada yang di Tesalonika kerana mereka menerima firman Allah dengan amat sukacita dan menyelidik Kitab Suci untuk memastikan setiap kebenaran yang dikatakan Paulus. Oleh yang demikian ramailah antara mereka yang percaya, baik wanita-wanita Yunani yang berkedudukan tinggi mahupun kaum lelaki. Akan tetapi apabila orang Yahudi di Tesalonika mendapat tahu bahawa Paulus menyebarkan firman Allah di Beria juga, mereka pergi menghasut dan mengapi-apikan orang di situ supaya merusuh. Para murid Yesus di Beria segera menyuruh hantar Paulus ke pantai manakala Silas dan Timotius masih di Beria. Orang yang menghantar Paulus itu membawanya hingga ke Atena; setelah menerima arahan Paulus menyuruh Silas dan Timotius segera menyertainya, orang itu pun pulang ke Beria.