KISAH RASUL-RASUL 15:1-2
KISAH RASUL-RASUL 15:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Beberapa orang dari Yudea datang ke Antiokhia dan mula mengajar pengikut Yesus di situ, “Kamu tidak dapat diselamatkan jika kamu tidak disunat menurut Taurat Musa.” Tetapi Paulus dan Barnabas menentang keras ajaran mereka itu. Akhirnya Paulus dan Barnabas dipilih supaya pergi ke Yerusalem dengan beberapa orang lain dari Antiokhia untuk membincangkan masalah itu dengan rasul-rasul dan para pemimpin jemaah di situ.
KISAH RASUL-RASUL 15:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA maka adalah bŭbrapa orang datang deri tanah Yahuda, sŭrta mŭngajar sagala saudara itu, katanya, Bahwa jikalau tiada kamu disunatkan mŭnurot adat Musa, maka tiadalah kamu akan bŭrulih slamat. Maka jadilah suatu pŭrsŭlisihan dan pŭrbantahan bukannya kŭchil diantara Paulus dan Barnabas dŭngan marika itu. Maka ditŭntukan mŭnyurohkan Paulus dan Barnabas, dan bŭbrapa oraug lain diantara marika itu pŭrgi kaJerusalem kapada sagala rasol dan orang tua tua, akan bŭrtanya sual ini.
KISAH RASUL-RASUL 15:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian, beberapa orang datang dari Yudea dan mengajar murid Yesus di Antiokhia, “Jika kamu tidak disunatkan menurut adat Musa, kamu tidak akan mendapat penyelamatan.” Ini menyebabkan Paulus dan Barnabas banyak berbahas dan berbantah dengan mereka itu. Akhirnya diputuskan bahawa Paulus dan Barnabas serta beberapa orang lain pergi ke Yerusalem berjumpa dengan para rasul dan tua-tua untuk bertanyakan persoalan tersebut.