KISAH RASUL-RASUL 13:26-39

KISAH RASUL-RASUL 13:26-39 Alkitab Berita Baik (BM)

Saudara-saudara keturunan Abraham, dan semua saudara lain di sini yang taat kepada Allah! Allah sudah mengirim berita penyelamatan itu kepada kita. Orang yang tinggal di Yerusalem dan pemimpin-pemimpin mereka tidak sedar bahawa Dialah Penyelamat itu. Mereka tidak memahami ajaran nabi-nabi yang dibacakan setiap hari Sabat, sehingga mereka menghukum Yesus. Tetapi melalui perbuatan mereka itu berlakulah apa yang sudah dikatakan oleh nabi-nabi. Meskipun mereka tidak mempunyai alasan apa-apa untuk menjatuhkan hukuman mati kepada Yesus, namun mereka meminta Pilatus menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya. Setelah mereka melakukan semua yang tertulis di dalam Alkitab tentang Dia, mereka menurunkan jenazah-Nya dari salib dan meletakkannya di dalam kubur. Tetapi Allah membangkitkan Dia daripada kematian. Kemudian selama beberapa hari Dia menampakkan diri kepada mereka yang dahulu berjalan bersama-sama Dia dari Galilea ke Yerusalem. Sekarang mereka menjadi saksi bagi-Nya kepada bangsa Israel. Oleh itu kami di sini untuk menyampaikan Berita Baik ini kepada kamu. Apa yang dijanjikan oleh Allah kepada nenek moyang kita, sudah dilakukan-Nya bagi kita, iaitu keturunan mereka, dengan membangkitkan Yesus daripada kematian. Seperti yang tertulis di dalam Kitab Mazmur fasal dua, ‘Engkaulah Anak-Ku, pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.’ Allah sudah membangkitkan Dia daripada kematian; Dia tidak akan mengalami kematian lagi. Tentang hal ini Allah berfirman, ‘Aku akan memberkati kamu dengan berkat yang suci, seperti yang Aku janjikan kepada Daud.’ Begitu juga dalam ayat lain Dia berfirman, ‘Engkau tidak akan membiarkan Hamba-Mu yang setia itu reput di dalam kubur.’ Pada masa hidupnya, Daud melakukan kehendak Allah, lalu Daud meninggal, dikuburkan dengan nenek moyangnya dan jenazahnya reput. Tetapi hal ini tidak berlaku terhadap Dia yang dibangkitkan oleh Allah daripada kematian. Oleh itu, saudara-saudara, ketahuilah bahawa melalui Yesus berita tentang pengampunan dosa sudah disampaikan kepada saudara semua. Setiap orang yang percaya kepada-Nya dibebaskan daripada segala dosa yang tidak dapat dihapus oleh Taurat Musa.

KISAH RASUL-RASUL 13:26-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Hie kamu skalian saudaraku anak chuchu chichit deri pada Ibrahim, iya itu barang siapa yang takot akan Allah diantara kamu, maka kapadamulah juga pŭrkataan slamat ini tŭlah disampiekan. Kŭrna orang yang dudok diJerusalem dan sagala pŭnghulunya, sŭbab tiada mŭngŭnal akan dia, atau akan pŭrkataan nabi nabi yang dibachanya pada tiap tiap hari sabtu, maka digŭnapi ulih marika itu juga akan pŭrkataan itu dŭngan dihukumkannya akan Isa. Tŭtapi sungguh pun tiada didapatinya barang kŭsalahan yang patut iya akan mati, dipinta juga ulih marika itu pada Pilatus, supaya dibunohnya akan dia. Maka apabila tŭlah digŭnapi ulih marika itu sagala sŭsuatu yang tŭrsurat derihalnya, maka dituronkan mayatnya deri kayu, lalu ditanamkannya dalam kubor. Tŭtapi Allah tŭlah mŭnghidopkan dia deripada mati. Maka bŭbrapa hari lamanya iya klihatan pada orang yang datang bŭrsama sama dŭngan dia deri Galilia kaJerusalem, maka marika itulah juga mŭnjadi saksinya kapada kaum itu. Maka kami ini mŭmbri khabar yang baik kapadamu, iya itu bŭtapa hal pŭrjanjian yang tŭlah dikatakan Allah pada nenek moyang kita. Bahwa Allah tŭlah mŭnggŭnapi itu juga pada kita ini anak anak marika itu, dŭngan mŭnghidopkan pula Isa, spŭrti yang tŭrsurat dalam zabor yang kadua, katanya, Bahwa angkau inilah anakku, maka pada hari ini tŭlah kupranakkan akan dikau. Maka derihal tŭlah dihidopkan pula deripada matinya itu supaya jangan iya kŭmbali kapada busok, maka dŭmkian fŭrmannya, Bahwa sagala anugrah kapada Daud yang tŭntu itu aku akan mŭngurniakan padamu. Sŭbab itulah iya tŭlah bŭrfŭrman dalam zabor yang lain pun, Tiada angkau kŭlak mŭmbiarkan orang suchimu itu mŭngŭnai akan busok. Kŭrna sŭsungguhnya apa bila sudah Daud mŭlakukan kahandak Allah pada zamannya maka iya pun matilah, dan tŭlah ditanamkan dŭngan nenek moyangnya, maka iya tŭlah mŭngŭnai busok. Tŭtapi Isa yang tŭlah dihidopkan Allah tiada mŭngŭnai busok. Sŭbab itu kŭtahuilah ulihmu hie tuan tuan dan saudara saudara, bahwa ulih kŭrna orang inilah dibri tahu padamu derihal dosa akan diampuni. Maka dŭngan bŭrkatnyalah juga barang siapa yang pŭrchaya, iya itu akan dibilangkan bŭnar deripada sagala sŭsuatu yang tiada dapat dibilangkan bŭnar ulih tauret Musa.

KISAH RASUL-RASUL 13:26-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Hai saudara-saudara keturunan Abraham, dan semua yang takut akan Allah! Kepada kitalah Allah telah menyampaikan berita penyelamatan itu. Penduduk Yerusalem dan ketua-ketua mereka tidak sedar bahawa Penyelamat itu ialah Yesus. Mereka tidak memahami ajaran nabi-nabi yang dibacakan setiap hari Sabat, maka mereka menghukum Yesus. Dengan tindakan mereka itu, segala yang telah dinubuatkan oleh nabi-nabi menjadi kenyataan. Walaupun mereka tidak ada apa-apa asas untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada Yesus, mereka mendesak Pilatus menjatuhkan hukuman itu ke atas-Nya. Setelah mereka melakukan segala yang tersurat dalam Kitab Suci tentang-Nya, mereka menurunkan jenazah-Nya dari salib dan meletakkannya di dalam makam. Akan tetapi, Allah membangkitkan-Nya daripada kematian. Selepas itu, selama beberapa hari Dia menampakkan diri-Nya kepada mereka yang dahulu mengiringi-Nya dalam perjalanan dari Galilea ke Yerusalem. Kini mereka itu menjadi saksi bagi-Nya kepada umat Israel. Dengan demikian kami datang ke sini untuk menyampaikan berita baik ini kepada kamu. Allah telah melaksanakan untuk kita apa yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kita, dengan membangkitkan Yesus daripada kematian, sebagaimana tersurat dalam Mazmur bab dua: ‘Engkau Anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.’ Allah telah membangkitkan-Nya daripada kematian. Dia tidak akan mati lagi. Tentang ini Allah berfirman: ‘Aku akan memberkati-Mu dengan berkat yang suci, sebagaimana telah Kujanjikan kepada Daud.’ Dalam suatu ayat lagi firman-Nya: ‘Engkau tidak akan membiarkan Orang Suci-Mu yang setia itu reput di dalam kubur.’ Daud melakukan suruhan Allah ketika dia hidup. Apabila dia meninggal, dia dimakamkan di sisi nenek moyangnya dan jasadnya reput. Namun demikian, ini tidak terjadi kepada Dia yang dibangkitkan Allah daripada kematian. Oleh itu, ketahuilah saudara-saudara, melalui Yesus berita pengampunan dosa disampaikan kepada saudara sekalian. Setiap orang yang percaya kepada-Nya diampuni segala dosanya yang tidak dapat diampunkan melalui Taurat Musa.