KISAH RASUL-RASUL 11:17-18
KISAH RASUL-RASUL 11:17-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Nyatalah bahawa Allah mengurniai orang bukan Yahudi itu, pemberian yang seperti kita terima pada masa kita percaya kepada Tuhan Yesus Kristus. Siapakah aku ini sehingga cuba menghalang Allah?” Apabila mereka mendengar hal itu, mereka tidak mencela Petrus lagi. Lalu mereka memuji Allah dan berkata, “Jika demikian, Allah juga memberikan peluang kepada orang bukan Yahudi untuk bertaubat dan beroleh hidup sejati!”
KISAH RASUL-RASUL 11:17-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun jikalau dŭmkianlah kiranya dikurniakan Allah anugrah sama pada marika itu spŭrti yang dikurniakannya pada kita yang pŭrchaya akan Tuhan Isa Almasih, siapakah aku yang bulih mŭlawan Allah? Maka apabila didŭngar ulih marika itu akan hal yang dŭmkian, maka iya pun mŭmatikan dirinya, sŭrta mŭmuliakan Allah, katanya Dŭmkianlah juga halnya tŭlah didatangkan Allah taubat bagie orang sŭsat akan mŭndapat slamat kŭkal.
KISAH RASUL-RASUL 11:17-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jelaslah bahawa Allah telah memberi orang asing itu kurnia yang sama seperti yang kita terima ketika kita beriman kepada Tuhan Yesus Kristus. Siapakah aku untuk cuba menghalang kuasa Allah?” Setelah mendengar penjelasan Petrus, mereka tidak membantah perbuatannya lagi, lantas mereka memuji Allah dan berkata, “Kalau begitu, Allah memberikan peluang kepada bangsa-bangsa asing juga untuk bertaubat dan mendapat hidup.”