KISAH RASUL-RASUL 10:34-43

KISAH RASUL-RASUL 10:34-43 Alkitab Berita Baik (BM)

Lalu Petrus berkata, “Sekarang barulah saya sedar bahawa Allah memperlakukan semua orang dengan sama rata. Sesiapa yang menghormati Allah dan berbuat apa yang benar, diterima oleh Allah, walau apa pun bangsanya. Saudara-saudara tahu akan perkhabaran yang disampaikan oleh Allah kepada bangsa Israel. Khabar itu Berita Baik tentang kedamaian melalui Yesus Kristus, Tuhan semua orang. Saudara-saudara mengetahui apa yang telah berlaku di seluruh Yudea, mulai dari Galilea, setelah baptisan yang diberitakan oleh Yohanes. Saudara-saudara tahu bahawa Allah telah memilih Yesus orang Nasaret itu dan memberi Dia Roh Allah dan kekuasaan. Yesus pergi ke serata tempat untuk berbuat baik dan menyembuhkan semua orang yang dikuasai oleh Iblis, kerana Allah menyertai Yesus. Kami saksi yang sudah melihat segala sesuatu yang dilakukan-Nya di negeri Yudea mahupun di Yerusalem. Kemudian mereka menyalibkan Dia dan membunuh Dia. Tetapi pada hari ketiga Allah membangkitkan Dia daripada kematian, dan memperlihatkan Dia. Dia tidak dilihat oleh semua orang; tetapi hanya oleh kami yang sudah dipilih oleh Allah untuk menjadi saksi-saksi-Nya. Kami makan dan minum dengan Dia, sesudah Dia bangkit daripada kematian. Dia menyuruh kami mengkhabarkan Berita Baik itu kepada semua orang, dan memberikan kesaksian bahawa Dialah yang diutus oleh Allah untuk menjadi hakim orang yang masih hidup dan yang sudah mati. Semua nabi berkata-kata tentang Dia. Mereka berkata bahawa setiap orang yang percaya kepada Yesus, dosanya akan diampunkan dengan kekuasaan Yesus.”

KISAH RASUL-RASUL 10:34-43 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Maka Petros pun mŭmbuka mulotnya sŭrta bŭrkata, Bahwa dŭngan sŭbŭnarnyalah aku tŭlah mŭlihat Allah itu tiada mŭngindahkan muka manusia. Hanya dalam barang bangsa pun baik, maka siapa yang takot akan dia, dan mŭngŭrjakan yang bŭnar, iya itulah ditrimanya. Maka fŭrman yang tŭlah disampiekan Allah kapada bŭni Israil, sŭrta dimashorkannya pŭrdamiean dŭngan bŭrkat Isa Almasih, bahwa iyalah Tuhan sagala alam. Maka fŭrman itulah kamu pun tŭlah mŭngtahui yang tŭlah mashor pada sagala tanah Yahuda, mulanya deri Galilia, iya itu kumdian deri pada baptisan yang tŭlah dimashorkan ulih Yahya. Bagimana hal Allah tŭlah mŭlantek akan Isa orang Nazareth itu dŭngan Roh Alkudus, dan dŭngan kwasa, maka iyalah mŭnjalani kliling sambil bŭrbuat baik, dan mŭnyŭmbohkan sagala orang yang digagahi ulih Iblis, kŭrna Allah ada mŭnyŭrtai dia. Maka kami inilah saksinya derihal sagala pŭrkara yang tŭlah dipŭrbuatnya, baik dalam bŭnua orang Yahudi, baik diJerusalem; maka tŭlah dibunoh orang akan dia dŭngan digantongkan dikayu. Maka iyalah tŭlah dihidopkan Allah pada hari yang katiga, sŭrta mŭnunjokkan dia dŭngan nyatanya; Bukannya pada sagala orang, mŭlainkan kapada orang orang saksi yang tŭlah tŭrdahulu dipileh ulih Allah, iya itu pada kami ini yang tŭlah makan minum sŭrtanya kumdian deripada iya tŭlah hidop deripada matinya. Maka Allah tŭlah mŭnyurohkan kami mŭngajar orang, dan mŭnyaksikan, bahwa Isa itulah yang tŭlah ditŭntukan Allah mŭnjadi hakim sagala orang yang hidop dan yang mati. Maka derihalnya itulah juga sagala nabi tŭlah mŭnyaksikan, bahwa barang siapa yang tŭlah pŭrchaya akan dia, maka dosanya akan dihapuskan dŭngan bŭrkat namanya.