KISAH RASUL-RASUL 10:19-23
KISAH RASUL-RASUL 10:19-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Petrus masih berusaha untuk memahami makna penglihatan itu, apabila Roh Allah berkata kepadanya, “Dengarlah! Tiga orang sedang mencari kamu. Cepatlah turun ke bawah dan jangan ragu-ragu mengikut mereka, kerana Aku yang menyuruh mereka datang.” Petrus turun ke bawah dan berkata kepada mereka, “Sayalah yang saudara-saudara cari. Mengapa saudara-saudara datang?” Mereka menjawab, “Kapten Kornelius menyuruh kami ke mari. Dia orang baik dan dia takut akan Allah. Dia sangat dihormati oleh semua orang Yahudi. Malaikat Allah menyuruh dia menjemput tuan ke rumahnya supaya dia boleh mendengar apa yang akan tuan katakan.” Lalu Petrus menjemput mereka menginap di situ. Keesokan harinya Petrus bersiap-siap dan pergi dengan mereka. Beberapa orang pengikut Yesus dari Yope pun pergi dengan dia.
KISAH RASUL-RASUL 10:19-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Adapun sŭmŭntara Petros lagi mŭmikirkan pŭnglihatan itu, maka bŭrkatalah Roh padanya, Bahwasanya adalah tiga orang mŭnchari akan dikau. Maka bangunlah angkau, turon, pŭrgilah bŭrsama sama dŭngan marika itu, maka janganlah angkau shak, kŭrna akulah yang mŭnyurohkan marika itu. Maka turonlah Petros mŭndapatkan orang orang yang tŭlah disuroh ulih Kornelius kapadanya itu, sambil bŭrkata, Bahwa sŭsungguhnya akulah dia yang kamu chari; apa sŭbab kamu datang kŭmari ini? Maka jawab marika itu, Bahwa Kornelius pŭnghulu orang sa’ratus, iya itu sa’orang bŭnar, dan yang takot akan Allah, lagi yang tŭrpuji bagie sagala orang Yahudi; iya tŭlah diingatkan Allah dŭngan sa’orang mŭliekat yang suchi akan mŭnjŭmpot dikau kŭrumahnya, supaya didŭngar pŭrkataan deripada kamu. Maka dipanggilnyalah marika itu masok mŭnumpang sŭrtanya. Maka pada ka’esokkan harinya Petros pun pŭrgilah sŭrta marika itu, diiringkan ulih bŭbrapa saudara yang diJopa.
KISAH RASUL-RASUL 10:19-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Petrus masih lagi memikirkan penglihatannya itu. Roh Kudus berkata kepadanya, “Ada tiga orang mencarimu. Bangunlah, turun dan pergi bersama mereka tanpa ragu-ragu, kerana Aku yang menyuruh mereka datang.” Petrus pun turun mendapatkan orang itu lalu berkata, “Aku inilah orang yang kamu cari itu; apa hajatmu datang ke mari?” Mereka berkata, “Kornelius, seorang ketua tentera yang benar dan takut akan Allah serta disegani oleh seluruh bangsa Yahudi, telah menerima pesan Allah melalui malaikat yang suci bahawa dia hendaklah menjemput tuan datang ke rumahnya untuk mendengar apa yang akan tuan katakan.” Petrus mengajak ketiga-tiga orang itu masuk dan menumpang bermalam di rumah itu.