2 TIMOTIUS 4:5-8
2 TIMOTIUS 4:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Dalam keadaan apa pun, engkau mesti tahu mengawal diri. Tabahlah dalam penderitaan, laksanakan tugas mengisytiharkan Berita Baik, dan jalankanlah kewajipanmu sebagai hamba Allah dengan sebaik-baiknya. Tentang diriku, sudah tiba masanya aku akan mati sebagai korban kepada Allah. Tidak lama lagi aku meninggalkan dunia ini. Aku sudah berusaha dengan sebaik-baiknya dalam perlumbaan dan aku sudah sampai di garis akhir. Aku tetap setia kepada Kristus sampai akhir. Sekarang hadiah kemenangan menantikan aku. Pada Hari Kiamat, Tuhan, Hakim yang adil akan menyerahkan hadiah itu kepadaku, kerana aku telah hidup menurut kehendak-Nya. Bukan aku sahaja yang akan menerimanya, tetapi juga semua orang yang menantikan kedatangan-Nya dengan penuh kerinduan.
2 TIMOTIUS 4:5-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tapi handaklah angkau jaga dalam sagala pŭrkara, tahanlah annyaya, pŭrbuatlah pŭkŭrjaan guru Injil, dan saksikanlah baik baik akan jawatanmu itu. Kŭrna aku ada sŭdia skarang akan dikorbankan, dan hari pulangku tŭlah hampir. Bahwa aku tŭlah bŭrprang dŭngan pŭprangan yang baik, dan aku tŭlah mŭnghabiskan lumbaanku, dan aku tŭlak mŭnaroh iman. Maka pada akhirnya kŭlak mahakota kabŭnaran itu ada tŭrsimpan bagieku, iya itu akan dikurniakan bagieku ulih Tuhan, hakim yang adil itu, pada hari itu: tapi bukannya padaku sa’orang sahja, mŭlainkan kapada sagala orang yang mŭngasihi akan hari kadatangannya itu
2 TIMOTIUS 4:5-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi kamu, berwaspadalah dalam segala hal, tabah menanggung kesusahan, jalankan kerja menyebarkan Injil dan laksanakan tugas yang diamanahkan kepadamu dengan sempurna. Tentang diriku, kini aku laksana minuman yang sedang dituangkan sebagai persembahan kepada Allah, dan sudah hampir masanya aku pergi menghadap-Nya. Aku telah berjuang dalam perjuangan mulia ini, aku telah sampai ke garis akhir, aku telah setia dalam iman. Sekarang mahkota perbenaran telah disediakan untukku. Tuhan, Hakim yang adil itu, akan mengurniakannya kepadaku pada Hari itu, bukan kepadaku sahaja, tetapi kepada semua orang yang merindu kedatangan-Nya.