2 TIMOTIUS 3:10-15
2 TIMOTIUS 3:10-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi engkau telah mengikut ajaranku, kelakuanku, dan tujuan hidupku. Engkau telah memperhatikan bagaimana aku sungguh percaya kepada Kristus dan sabar menanggung penderitaan; bagaimana aku mengasihi saudara seiman dan bertabah hati. Engkau melihat bagaimana aku menanggung penganiayaan dan penderitaan. Engkau tahu akan segala yang berlaku kepadaku di Antiokhia, Ikonium, dan Listra. Aku telah dianiaya dengan kejam, tetapi aku diselamatkan oleh Tuhan daripada semuanya. Semua orang yang mahu hidup beribadat dan bersatu dengan Kristus akan dianiaya. Orang jahat dan penipu akan menjadi semakin jahat. Mereka menipu orang lain, padahal mereka sendiri juga tertipu. Tetapi Timotius, hendaklah engkau tetap berpegang kepada ajaran benar yang sudah diajarkan kepadamu dan yang engkau percayai dengan sepenuhnya. Engkau mengetahui siapa guru-gurumu dahulu, dan sejak kecil lagi engkau telah mengenal Alkitab. Alkitab itu boleh memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Kristus Yesus.
2 TIMOTIUS 3:10-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi angkau tŭlah mŭngatahui dŭngan sŭbaik baik akan pŭngajaranku, dan kahidopanku, dan niatku, dan imanku, dan panjang hatiku, dan pŭngasihanku, dan zabarku. Maka annyaya, dan sŭngsara yang tŭlah bŭrlaku atasku dinŭgri Antiok, dan diIkonium, dan diListra; apa apa annyaya yang kurasai; akan tŭtapi dalam sagala hal itu tŭlah dilŭpaskan Tuhan akan daku. Bahkan, sagala orang yang bŭrkahandak bŭribadat dalam agama Isa Almasih itu kŭlak akan mŭrasai annyaya. Tŭtapi sagala orang yang jahat dan pŭnipu itu, makinlah kŭlak bŭrtambah tambah jahat, mŭngichukan, dan dikichukan orang, Tŭtapi tŭtaplah angkau dalam sagala pŭrkara yang tŭlah angkau pŭlajari, dan yang tŭlah diamanatkan padamu, kŭrna angkau tŭlah mŭngatahui deripada siapakah yang tŭlah angkau blajar itu. Bahwa deripada masa lagi kanak kanak, angkau tŭlah mŭngatahui kitab yang suchi itu, yang chakap mŭnjadikan angkau bijaksana bagie slamat kŭkal dŭngan bŭrimankan Isa Almasih.
2 TIMOTIUS 3:10-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi kamu telah mengikut dengan penuh hemat segala ajaranku, cara hidupku, tujuan hidupku, imanku, kesabaranku, kasihku dan ketabahanku. Engkau telah melihat penganiayaan dan kesengsaraan serta segala yang menimpaku di Antiokhia, Ikonium dan Listra — betapa penganiayaan yang kutanggung. Akan tetapi, Tuhan telah menyelamatkanku daripada semuanya itu. Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya. Orang durjana dan penipu akan bertambah durjana, memperdaya serta diperdaya. Tetapi kamu mestilah terus berpegang kepada segala yang telah kamu pelajari dan yakini, kerana kamu tahu daripada siapa segalanya telah kamu pelajari, dan sejak kecil kamu telah mengenal Kitab Suci yang dapat memberimu kebijaksanaan untuk diselamatkan melalui iman dalam Kristus Yesus.