2 TIMOTIUS 3:10-13
2 TIMOTIUS 3:10-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi engkau telah mengikut ajaranku, kelakuanku, dan tujuan hidupku. Engkau telah memperhatikan bagaimana aku sungguh percaya kepada Kristus dan sabar menanggung penderitaan; bagaimana aku mengasihi saudara seiman dan bertabah hati. Engkau melihat bagaimana aku menanggung penganiayaan dan penderitaan. Engkau tahu akan segala yang berlaku kepadaku di Antiokhia, Ikonium, dan Listra. Aku telah dianiaya dengan kejam, tetapi aku diselamatkan oleh Tuhan daripada semuanya. Semua orang yang mahu hidup beribadat dan bersatu dengan Kristus akan dianiaya. Orang jahat dan penipu akan menjadi semakin jahat. Mereka menipu orang lain, padahal mereka sendiri juga tertipu.
2 TIMOTIUS 3:10-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi angkau tŭlah mŭngatahui dŭngan sŭbaik baik akan pŭngajaranku, dan kahidopanku, dan niatku, dan imanku, dan panjang hatiku, dan pŭngasihanku, dan zabarku. Maka annyaya, dan sŭngsara yang tŭlah bŭrlaku atasku dinŭgri Antiok, dan diIkonium, dan diListra; apa apa annyaya yang kurasai; akan tŭtapi dalam sagala hal itu tŭlah dilŭpaskan Tuhan akan daku. Bahkan, sagala orang yang bŭrkahandak bŭribadat dalam agama Isa Almasih itu kŭlak akan mŭrasai annyaya. Tŭtapi sagala orang yang jahat dan pŭnipu itu, makinlah kŭlak bŭrtambah tambah jahat, mŭngichukan, dan dikichukan orang
2 TIMOTIUS 3:10-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi kamu telah mengikut dengan penuh hemat segala ajaranku, cara hidupku, tujuan hidupku, imanku, kesabaranku, kasihku dan ketabahanku. Engkau telah melihat penganiayaan dan kesengsaraan serta segala yang menimpaku di Antiokhia, Ikonium dan Listra — betapa penganiayaan yang kutanggung. Akan tetapi, Tuhan telah menyelamatkanku daripada semuanya itu. Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya. Orang durjana dan penipu akan bertambah durjana, memperdaya serta diperdaya.