2 TIMOTIUS 3:1-7
2 TIMOTIUS 3:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Ingatlah hal ini! Pada hari-hari terakhir akan timbul banyak kesusahan. Manusia akan mementingkan diri sendiri, tamak dan serakah, sombong dan bongkak. Mereka akan menghina dan melawan ibu bapa, tidak tahu berterima kasih dan tidak mahu mengenal Allah. Mereka tidak mengasihi sesama manusia, tidak berbelas kasihan, suka mengumpat, suka akan keganasan; mereka kejam dan benci akan kebaikan. Mereka suka berkhianat, tidak berfikir panjang dan sombong. Mereka lebih menyukai kesenangan dunia daripada mengasihi Allah. Pada lahirnya mereka menjalankan kewajipan agama kita, tetapi mereka tidak menurut ajarannya. Jauhkanlah dirimu daripada mereka. Beberapa orang daripada mereka pergi ke rumah orang, lalu menguasai wanita yang tidak berpendirian dan dibebani perasaan berdosa serta dipengaruhi segala macam keinginan. Wanita-wanita itu selalu ingin belajar tetapi tidak dapat mengetahui ajaran yang benar itu.
2 TIMOTIUS 3:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
KŬTAHUILAH ulihmu inipun, iya itu pada akhir zaman kŭlak binchana waktu akan datang. Kŭrna orang nanti mŭngasihi akan dirinya sŭndiri sahja, loba, pŭnyombong, chongkak, pŭnghujat, dŭrhaka kapada ibu bapa, tiada mŭnŭrima kasih, tiada bŭragama, Tiada bŭrkasih kasihan, dan pŭmungkirkan janji, pŭnudoh dusta, pŭnurot nafsu, buas, pŭmbŭnchi akan orang orang yang baik. Pŭnipu, kras kŭpala, dan bŭsar hati, suka akan lazat dunia tŭrlebih deripada mŭngasihi Allah. Ada mŭmpunyai rupa ibadat sahja, tŭtapi disangkalkannya kwasanya; maka deripada orang orang yang dŭmkian mŭnyempanglah angkau. Kŭrna macham orang orang yang dŭmkianlah yang masok rumah rumah orang dŭngan daya upaya, mŭnawani sagala pŭrampuan bodoh bodoh, yang bŭrsarat dŭngan dosa, sŭrta bŭrsŭsat dŭngan jŭnis jŭnis hawa nafsu, Slalu ada blajar, tŭtapi tiada skali dapat mŭngatahui akan bŭnar itu.
2 TIMOTIUS 3:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketahuilah, bahawa pada akhir zaman, akan datang suatu masa yang sukar. Manusia akan menjadi pencinta diri, pencinta wang, bercakap besar, berlagak bongkak, mencaci maki, ingkar terhadap ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci, tidak mengasihi, tidak mengampuni, suka memfitnah, tidak menguasai diri, buas dan pembenci kebaikan, khianat, gopoh, angkuh, serta lebih mencintai keseronokan daripada mengasihi Allah. Mereka menjalankan kewajipan agama tetapi menyangkal kuasanya. Jauhilah orang demikian. Dalam kalangan mereka ada yang masuk secara rahsia ke rumah orang dan memerangkap perempuan lemah, yang dibebani dosa serta dipengaruhi pelbagai keinginan. Perempuan-perempuan ini sentiasa belajar tetapi tidak menerima kebenaran.