2 TIMOTIUS 2:11-15
2 TIMOTIUS 2:11-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Sungguh benar kenyataan ini: “Jika kita mati bersama-sama Dia, kita juga akan hidup bersama-sama Dia. Jika kita tetap bertabah, kita juga akan memerintah bersama-sama Dia. Jika kita menyangkal Dia, Dia juga akan menyangkal kita. Jika kita tidak setia, Dia tetap setia, kerana Dia tidak dapat bertentangan dengan diri-Nya sendiri.” Nasihatilah ahli jemaahmu dan ingatkan mereka di hadapan Allah, supaya jangan bertengkar tentang istilah. Perkara itu tidak ada gunanya, malahan merosakkan iman orang yang mendengarnya. Berusahalah sebaik-baiknya untuk mendapat pujian daripada Allah, seperti seorang pekerja yang tidak malu dengan pekerjaannya. Hendaklah engkau mengajar ajaran benar daripada Allah dengan betul.
2 TIMOTIUS 2:11-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa inilah pŭrkataan yang sŭtiawan: Jikalau kiranya kami mati sŭrtanya, maka kami kŭlak akan hidop pula sŭrtanya. Maka jikalau kami mŭnanggong susah, maka kami kŭlak mŭndapat kabŭsaran sŭrtanya; dan jikalau kami mŭnyangkali dia, maka dia pun kŭlak akan mŭnyangkali kami. Maka jikalau kami tiada pŭrchaya, maka tinggallah juga iya dŭngan sŭtiawannya, iya tiada bulih mŭnyangkali dirinya. Maka ingatkanlah sagala pŭrkara ini, sŭrta amanatkanlah kapada marika itu dihadapan Tuhan, supaya jangan marika itu bŭrlawan lawanan derihal pŭrkataan yang tiada bŭrfiedah, yang handak mŭmalingkan orang yang mŭuŭngar mŭnŭngar itu. Blajarlah akan mŭnunjokkan dirimu tŭlah ditrima Allah, spŭrti sa’orang yang tiada malu bŭkŭrja, bahgikan bŭtol bŭtol pŭrkataan yang bŭnar itu.
2 TIMOTIUS 2:11-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kata-kata ini benar: Jika kita mati bersama-Nya, kita juga akan hidup bersama-Nya; jika kita tabah, kita juga akan memerintah bersama-Nya. Jika kita menyangkal-Nya, Dia juga akan menyangkal kita; jika kita tidak setia, Dia tetap setia, Dia tidak boleh menyangkal diri-Nya. Ingatkan mereka tentang segala ini. Pesan kepada mereka di hadapan Allah supaya jangan bertengkar sia-sia tentang kata-kata, sehingga membinasakan orang yang mendengar. Berusahalah supaya ternyata kamu diredai Allah, seorang pekerja yang tidak perlu berasa malu, yang menyebarkan kebenaran dengan sewajarnya.