2 TIMOTIUS 1:9-10
2 TIMOTIUS 1:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah menyelamatkan dan memanggil kita menjadi umat-Nya sendiri, bukan kerana apa yang sudah kita lakukan, tetapi kerana tujuan-Nya dan rahmat-Nya sendiri. Dia memberikan kita rahmat-Nya melalui Kristus Yesus sebelum dunia ini diciptakan. Tetapi sekarang rahmat-Nya telah dinyatakan kepada kita dengan kedatangan Penyelamat kita, Kristus Yesus. Yesus sudah mengalahkan kuasa kematian dan membawa hidup yang kekal melalui Berita Baik itu.
2 TIMOTIUS 1:9-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Yang tŭlah mŭmbri slamat, dan mŭnjŭmpot kami dŭngan jŭmpotan yang suchi, bukannya deri sŭbab amal kami, mŭlainkan mŭnurot kahandak dan anugrahnya sŭndiri, yang tŭlah dikurniakannya kapada kami dŭngan bŭrkat Isa Almasih, iya itu dahulu deripada pŭrmulaan dunia. Tatapi pada skarang ini tŭlah dinyatakannya sŭbab kadatangan Isa Almasih, pŭnulong kami yang tŭlah mŭnghapuskan maut, dan yang tŭlah mŭmbawa akan hidop, dan kŭkal kapada trang dŭngan bŭrkat Injil
2 TIMOTIUS 1:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah menyelamatkan kita dan memanggil kita untuk hidup suci, bukanlah kerana amalan yang telah kita lakukan, tetapi kerana tujuan dan kasih kurnia-Nya yang telah dianugerahkan-Nya kepada kita dalam Kristus Yesus sebelum permulaan zaman. Sekarang segala ini telah dinyatakan dengan kedatangan Penyelamat kita Kristus Yesus, yang melenyapkan kematian dan memberikan penerangan tentang hidup kekal selama-lamanya melalui Injil.