2 TIMOTIUS 1:16-18
2 TIMOTIUS 1:16-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Semoga Tuhan mengasihani keluarga Onesiforus, kerana Onesiforus sering menggembirakan hatiku. Meskipun aku dipenjarakan, dia tidak malu dengan keadaanku. Setibanya di Roma, dia mula mencari aku sehingga bertemu dengan aku. Semoga Tuhan mengasihani dia pada Hari Kiamat. Engkau pun tahu bahawa dia sangat menolong aku di Efesus.
2 TIMOTIUS 1:16-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tuhanlah juga kiranya mŭngurniakan rahmat pada orang isi rumah Onesiphorus, kŭrna kŭrap kali iya tŭlah mŭnyŭgarkan aku, dan tiadalah iya malu sŭbab rantieku ini; Mŭlainkan apabila iya diRom, dicharinyalah akan daku dŭngan sŭlidek sŭrta didapatinya akan daku. Tuhanlah juga mŭngurniakan padanya supaya iya bŭrulih rahmat deripada Tuhan pada hari itu; danlagi bŭbrapa pula iya bŭrkhodmat padaku dinŭgri Efesus, angkau pun tahu itu baik baik.
2 TIMOTIUS 1:16-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Semoga Tuhan menunjukkan belas kasihan kepada Onesiforus sekeluarga, kerana dia sering menyegarkan tubuh dan jiwaku, serta tidak malu bahawa aku dipenjarakan, malah apabila dia tiba di Roma, dia telah mencariku sedaya upaya sehingga bertemu. Semoga Tuhan mengurniainya supaya mendapat belas kasihan daripada-Nya pada Hari itu! Engkau cukup mengetahui pelbagai cara dia telah menolongku di Efesus.