2 TESALONIKA 3:7-9
2 TESALONIKA 3:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu sendiri tahu bahawa kamu harus melakukan apa yang telah kami lakukan. Semasa kami bersama-sama kamu, kami tidak bermalas-malas. Kami membayar semua makanan yang kami makan. Kami bekerja dengan tidak mengenal lelah, supaya kami tidak menjadi beban kepada sesiapa pun di kalangan kamu. Kami berbuat demikian bukan kerana kami tidak berhak menuntut pertolongan kamu, tetapi supaya kami menjadi teladan kepada kamu.
2 TESALONIKA 3:7-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna kamu sŭndiri tŭlah mŭngatahui, bagimana patut kamu mŭngikot kami, kŭrna kami tiada bŭrlaku diri kami dŭngan tiada bŭrkŭtahuan diantara kamu; Atau tiada pula kami mŭmakan rŭzki barang sa’orang dŭngan chuma chuma, mŭlainkan bŭkŭrja dŭngan kalŭlahan, dan hie hui malam dan siang, supaya jangan kami mŭndatangkan kabratan pada barang sa’orang deripada kamu. Maka bukannya ulih sŭbab kami tiada bŭrkwasa, mŭlainkan supaya kamu mŭnjadikan diri kami ini tauladan bagie kamu akan mŭnurot kami.
2 TESALONIKA 3:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu tahu bahawa kamu harus mengikut teladan kami. Kami tidak hidup malas ketika bersamamu dahulu. Kami juga tidak mendapatkan makanan daripada orang lain dengan percuma. Sebaliknya, kami bertungkus-lumus siang malam supaya tidak membebankan sesiapa pun antara kamu. Bukan kerana kami tidak berhak menuntut bantuanmu, tetapi untuk menjadi teladan kepadamu.