2 TESALONIKA 3:11-12
2 TESALONIKA 3:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami berkata demikian kerana kami mendengar bahawa ada beberapa orang di kalangan kamu yang bermalas-malas. Mereka tidak melakukan sesuatu pun kecuali mencampuri urusan orang lain. Demi nama Tuhan Yesus Kristus kami memerintah dan memperingatkan orang seperti itu, bahawa mereka mesti hidup dengan sepatutnya dan mencari nafkah sendiri.
2 TESALONIKA 3:11-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna adalah kami mŭnŭngar, bahwa ada diantara kamu bŭbrapa orang yang bŭrlaku dŭngan tiada sŭpatutnya, iya itu tiada skali kali bŭkŭrja, mŭlainkan mŭngganggukan hal orang. Maka skarang deri hal orang yang dŭmkian pun kami pŭsan, sŭrta mŭmbri nasihat ulih kŭrna Tuhan kami Isa Almasih, supaya marika itu bŭkŭrja diam diam, dan mŭmakan rizkinya sŭndiri.
2 TESALONIKA 3:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kami mendengar ada di antaramu orang yang hidup malas, langsung tidak bekerja tetapi mencampuri urusan orang. Dengan nama Tuhan Yesus Kristus kami memerintahkan dan menyeru orang begitu supaya bekerja sewajarnya, menjaga hal masing-masing dan mencari nafkah sendiri.