2 TESALONIKA 1:6-10
2 TESALONIKA 1:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah akan melakukan apa yang adil. Dia akan mendatangkan penderitaan kepada orang yang membuat kamu menderita. Dia pun akan memberikan kelegaan kepada kamu yang menanggung penderitaan dan juga kepada kami. Allah akan melakukan hal ini apabila Tuhan Yesus turun dari syurga dan menampakkan diri dengan malaikat-malaikat-Nya yang perkasa, dan dengan api yang bernyala-nyala. Dia datang untuk menghukum orang yang tidak mahu mengakui Allah dan orang yang tidak mahu mentaati Berita Baik tentang Yesus Tuhan kita. Mereka akan menerima hukuman kebinasaan selama-lamanya; mereka akan terpisah daripada hadirat Tuhan dan kekuasaan-Nya yang mulia. Semua itu akan berlaku, apabila Tuhan datang pada Hari itu kelak untuk menerima kemuliaan daripada semua umat-Nya dan penghormatan daripada semua orang yang percaya kepada-Nya. Kamu pun akan bersama-sama umat Allah itu, kerana kamu percaya kepada perkhabaran yang kami sampaikan.
2 TESALONIKA 1:6-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab tampaknya adillah Allah, akan mŭmbalas kasukaran atas sagala orang yang mŭnyusahkan kamu. Maka kapada kamu yang ada susah itu dibrinya pŭrhŭntian bŭsŭrta dŭngan kami, pada masa kŭlak kanyataan Tuhan Isa deri dalam shorga, bŭsŭrta dŭngan sagala mŭliekatnya yang bŭrkwasa itu. Dan dŭngan api yang bŭrnyala iya akan mŭngambil bela atas marika itu yang tiada mŭngŭnal Allah, dan yang tiada mŭnurot akan Injil Tuhan kami Isa Almasih. Maka marika itu akan diseksakan dŭngan kabinasaan kŭkal, iya itu jauh deripada halrat Tuhan, dan deripada kamuliaan kwasanya. Tŭtkala iya kŭlak datang akan dipŭrmuliakan ulih orang orang salihnya, dan diindahkan ulih sagala orang yang bŭriman pada hari itu, sŭbab saksi kami diantara kamu tŭlah dipŭrchayai.
2 TESALONIKA 1:6-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah akan melakukan keadilan, membalas dengan kesengsaraan terhadap mereka yang menyebabkan kamu sengsara, dan Dia akan memberikan kelegaan kepadamu yang menderita dan juga kepada kami apabila Tuhan Yesus muncul dari syurga diiringi malaikat-malaikat perkasa-Nya dengan api yang menyala. Dia mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak mengenal Allah, dan mereka yang tidak taat akan Injil Tuhan kita Yesus Kristus. Mereka akan dihukum dengan kebinasaan selama-lamanya, tersingkir dari hadirat Tuhan kita dan kemuliaan kuasa-Nya. Semua itu akan berlaku apabila Dia datang, pada hari itu, untuk dimuliakan oleh murid-murid-Nya yang salih dan untuk diberi penghormatan oleh semua orang beriman. Ini termasuk kamu kerana kamu percaya kepada kesaksian kami antara kamu.