2 SAMUEL 7:18-24
2 SAMUEL 7:18-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Selepas itu Raja Daud masuk ke dalam Khemah TUHAN. Baginda duduk lalu berdoa, “Ya TUHAN Raja, aku dan keluargaku tidak layak menerima segala kebaikan yang telah Engkau tunjukkan kepadaku selama ini. Namun sekarang Engkau melakukan lebih daripada semua itu, ya TUHAN Raja. Engkau telah berjanji tentang keturunanku pada masa hadapan, dan Engkau membenarkan aku melihat hal ini, walaupun aku hanya manusia, ya TUHAN Raja! Apa lagi yang dapat kukatakan kepada-Mu! Engkau mengetahui segala sesuatu tentang hamba-Mu ini. Oleh sebab janji dan kehendak-Mu sendiri, Engkau melakukan perbuatan-perbuatan besar itu untuk mengajar hamba-Mu ini. Engkau sungguh agung, ya TUHAN Raja! Engkau tiada tandingan; sejak dahulu kami telah tahu bahawa Engkaulah satu-satunya Allah. Di seluruh muka bumi ini, tiada bangsa lain seperti Israel, yang telah Engkau selamatkan daripada perhambaan, serta menjadikan mereka umat-Mu sendiri. Perbuatan besar dan ajaib itu, yang telah Engkau lakukan bagi mereka, sudah memasyhurkan nama-Mu di seluruh dunia. Engkau mengusir bangsa-bangsa lain dan dewa-dewa mereka apabila umat-Mu maju bertempur, umat yang Engkau selamatkan dari Mesir untuk menjadi umat-Mu sendiri. Engkau telah menjadikan Israel umat-Mu selama-lamanya. Engkau, ya TUHAN, sudah menjadi Allah mereka.

2 SAMUEL 7:18-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian masuklah Raja Daud lantas bersimpuh di hadapan TUHAN dan berkata, “Ya Tuhan ALLAH, siapakah kononnya aku ini dan siapakah kononnya keluargaku, sehingga Engkau membawa aku sejauh ini? Bahkan ternyata pula perkara ini perkara biasa di mata-Mu, ya Tuhan ALLAH. Namun demikian, Engkau telah berfirman pula tentang masa yang masih jauh mengenai keluarga hamba-Mu ini. Inilah perjanjian bagi umat manusia, ya Tuhan ALLAH. Entah apa lagi yang dapat disampaikan oleh Daud kepada-Mu, kerana Engkau mengenal hamba-Mu ini, ya Tuhan ALLAH. Demi firman-Mu dan atas kehendak-Mu sendirilah Engkau telah melakukan segala hal yang besar ini dan memberitahukannya kepada hamba-Mu ini. Oleh sebab itu, Engkau Yang Maha Besar, ya TUHAN Allah, kerana tidak ada yang seperti Engkau. Tidak ada Allah selain Engkau, menurut segala sesuatu yang kami dengar dengan telinga kami. Bangsa manakah di bumi ini seperti umat-Mu Israel, satu-satunya bangsa yang ditebus oleh Allah untuk menjadi umat-Nya? Dia menegakkan nama bagi-Nya dengan melakukan hal-hal yang besar dan takjub, di hadapan umat yang ditebus-Nya dari Mesir, daripada bangsa-bangsa serta tuhan-tuhan mereka. Engkau telah mengukuhkan umat-Mu Israel bagi diri-Mu sendiri untuk menjadi umat-Mu untuk selama-lamanya dan Engkau, ya TUHAN, menjadi Allah mereka.