2 SAMUEL 7:10-11
2 SAMUEL 7:10-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku telah memilih satu negeri bagi umat-Ku Israel, dan Aku telah menempatkan mereka di sana. Mereka tidak akan ditindas lagi oleh sesiapa pun. Sejak mereka menduduki negeri itu mereka telah diserang oleh orang kejam, tetapi mulai sekarang hal itu tidak akan berulang lagi. Aku berjanji akan melindungi engkau daripada musuhmu dan memberi engkau keturunan.
2 SAMUEL 7:10-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan menentukan suatu tempat bagi umat-Ku Israel dan menempatkan mereka di sana, sehingga mereka mendiami tempat sendiri tanpa diganggu lagi. Mereka tidak akan tertindas lagi oleh orang zalim seperti sebelumnya, iaitu sejak masa Aku melantik para hakim untuk memimpin umat-Ku Israel. Aku akan memberikan ketenteraman kepadamu daripada semua musuhmu. Selain itu, TUHAN pun menyatakan kepadamu bahawa TUHAN akan mengukuhkan sebuah keluarga bagimu.