2 SAMUEL 22:30-35
2 SAMUEL 22:30-35 Alkitab Berita Baik (BM)
Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku, dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka. Betapa sempurnanya perbuatan Allah ini, firman TUHAN dapat dipercayai. Dia umpama perisai bagi semua orang yang berlindung pada-Nya. TUHAN satu-satunya Allah; hanya Allah pembela kita. Dialah Allah yang melindungi aku; Dia menjadikan jalanku aman. Dia menguatkan kakiku seperti kaki rusa; Dia menjaga keselamatanku di pergunungan. Dia melatih aku untuk berperang, supaya aku dapat melengkungkan busur yang terkuat.
2 SAMUEL 22:30-35 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana Engkau, aku dapat menerobos suatu gerombolan, kerana Allahku aku dapat melompati tembok. Allah itu jalan-Nya sempurna, firman TUHAN memang teruji. Dialah perisai bagi semua orang yang berlindung kepada-Nya. Siapakah Allah selain TUHAN, dan siapakah batu pejal selain Allah kita? Allah bentengku yang teguh, Dia membuat jalanku tidak bercela. Dia menjadikan kakiku seperti kaki rusa dan menegakkan aku agar teguh di tempat-tempat yang tinggi. Dia mengajar tanganku berperang, sehingga lenganku dapat melenturkan busur gangsa.