2 SAMUEL 16:11-12
2 SAMUEL 16:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Raja Daud bertitah kepada Abisai dan semua pegawainya, “Anak kandung beta sendiri berusaha membunuh beta; mengapa pula kamu hairan melihat kelakuan orang Benyamin ini? TUHAN menyuruh dia mengutuk beta, kerana itu jangan lakukan apa-apa terhadap dia, dan biarkan saja dia mengutuk beta. Mungkin TUHAN akan memperhatikan penderitaan beta dan memberkati beta sebagai ganti kutuk itu.”
Kongsi
Baca 2 SAMUEL 162 SAMUEL 16:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kata Daud pula kepada Abisai dan kepada semua pegawainya, “Anak kandungku sendiri pun mengancam nyawaku, apatah lagi sekarang orang Benyamin ini. Biarkanlah dia, dan biarkan dia mengutuk, kerana TUHAN telah menyuruhnya demikian. Mudah-mudahan TUHAN memperhatikan kesusahanku, dan membalasnya dengan kebaikan sebagai ganti kutukan yang kuterima pada hari ini.”
Kongsi
Baca 2 SAMUEL 16