2 SAMUEL 13:19-20
2 SAMUEL 13:19-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Tamar menaruh abu di atas kepalanya, mengoyak jubahnya, dan pergi sambil menutup mukanya dengan kedua-dua tangan serta menangis dengan pilu. Ketika Absalom nampak Tamar, dia bertanya, “Adakah Amnon memperkosa adik? Sudahlah adikku, jangan terlalu sedih kerana hal itu. Dia itu abangmu, kerana itu janganlah beritahukan hal itu kepada sesiapa pun.” Maka Tamar tinggal di rumah Absalom; Tamar sangat sedih dan kesepian.
2 SAMUEL 13:19-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tamar menaruh abu di kepalanya dan mengoyak-ngoyakkan baju panjang berlengan yang dipakainya itu. Dia meletakkan tangan di atas kepalanya, lalu berjalan sambil menjerit-jerit. Maka bertanyalah Absalom, abangnya, kepadanya, “Adakah Amnon, abangmu, menyentuh engkau? Sekarang tenanglah, adikku. Dia abangmu, jangan kaumasukkan perkara ini dalam hati.” Lalu Tamar mengasingkan diri, dan tinggal di rumah Absalom, abangnya.