2 PETRUS 3:9-13
2 PETRUS 3:9-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa. Tetapi Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri. Pada Hari itu, langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh, benda-benda di langit akan terbakar dan musnah, dan bumi dengan segala yang ada di dalamnya akan lenyap. Semua itu akan dibinasakan dengan cara yang demikian. Oleh itu, bagaimanakah seharusnya kamu hidup? Kamu harus sentiasa hidup suci dan khas untuk Allah, sementara kamu menantikan Hari apabila Allah mengadili dunia. Hendaklah kamu berusaha sebaik-baiknya untuk mempercepat kedatangan Hari itu. Pada Hari itu langit akan terbakar dan musnah, dan benda-benda di langit akan lebur kerana bahangnya. Tetapi kita menantikan apa yang sudah dijanjikan oleh Allah, iaitu langit baru dan bumi baru. Di situ terdapat keadilan.
2 PETRUS 3:9-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun Tuhan itu tiada mŭlambatkan pŭrjanjiannya, spŭrti sŭtŭngah orang mŭnyangkakan lambat; tŭtapi adalah panjang sabarnya akan kami, dan tiada dikahandakinya barang sa’orang pun binasa, mŭlainkan sŭmuanya biarlah bŭrtanbat. Tŭtapi hari Tuhan itu akan datang spŭrti pŭnchuri pada malam; maka pada masa itu langit pun akau lŭnyap dŭngan swara yang gŭmpita, dan sagala anazer pun kŭlak tŭrlŭbor dŭngan hangat sangat, dan bumi sŭrta sagala isinya itupun akan dibakar habis habis adanya. Maka jikalau kiranya sagala pŭrkara ini akan dihanchurkan, maka apakah macham orang patut kamu jadi dalam sagala klakuan, dan kabaktian yang suchi? Mŭnantikan dŭngan rindu dŭndam akan kŭdatangan hari Allah itu, maka pada tŭtkala itu sŭbab langit itu kŭlak tŭrbakarlah dŭngan api hanchurlah iya, dan sagala anazer itupun kŭlak tŭrlŭbor dŭngan hangat sangat. Kŭndatilah, spŭrti pŭrjanjiannya, kami mŭnantikanlah akan langit bahru; dan bumi bahru, maka dalamnyalah ada diam kabŭnaran.
2 PETRUS 3:9-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tuhan bukannya lengah menepati janji, seperti sangkaan sesetengah orang, tetapi amat bersabar dengan kita, kerana Dia tidak mahu seorang pun binasa dan Dia ingin semuanya bertaubat. Namun demikian, hari Tuhan akan tiba seperti datangnya pencuri pada malam hari. Langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh dan segala anasir akan lebur oleh kepanasan yang dahsyat, bumi serta segala yang wujud di dalamnya akan hangus terbakar. Oleh sebab segala-galanya akan musnah, bagaimanakah sewajarnya kamu hidup? Kamu harus hidup suci dan taat akan Allah, sementara menanti dan mempercepat menjelangnya hari penghakiman Allah. Pada hari itu langit akan musnah terbakar dan segala anasir lebur oleh kepanasan yang dahsyat. Tetapi kita berpegang kepada apa yang telah dijanjikan-Nya, iaitu langit baru dan bumi baru yang dipenuhi dengan segala yang benar.