2 PETRUS 3:8-10
2 PETRUS 3:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi janganlah lupa akan satu perkara ini, hai sahabat-sahabat yang aku kasihi! Di sisi Tuhan, satu hari tidak ada bezanya dengan seribu tahun. Bagi-Nya, kedua-duanya sama sahaja. Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa. Tetapi Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri. Pada Hari itu, langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh, benda-benda di langit akan terbakar dan musnah, dan bumi dengan segala yang ada di dalamnya akan lenyap.
2 PETRUS 3:8-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi, kŭkasih janganlah kamu bodoh dalam sa’pŭrkara ini, adapun suatu hari pada Tuhan itu spŭrti sa’ribu tahun adanya, dan sa’ribu tahun itu spŭrti suatu hari juga. Adapun Tuhan itu tiada mŭlambatkan pŭrjanjiannya, spŭrti sŭtŭngah orang mŭnyangkakan lambat; tŭtapi adalah panjang sabarnya akan kami, dan tiada dikahandakinya barang sa’orang pun binasa, mŭlainkan sŭmuanya biarlah bŭrtanbat. Tŭtapi hari Tuhan itu akan datang spŭrti pŭnchuri pada malam; maka pada masa itu langit pun akau lŭnyap dŭngan swara yang gŭmpita, dan sagala anazer pun kŭlak tŭrlŭbor dŭngan hangat sangat, dan bumi sŭrta sagala isinya itupun akan dibakar habis habis adanya.
2 PETRUS 3:8-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi, saudara-saudara yang kukasihi, jangan lupa satu perkara: Di sisi Tuhan satu hari serupa seribu tahun, dan seribu tahun serupa satu hari. Tuhan bukannya lengah menepati janji, seperti sangkaan sesetengah orang, tetapi amat bersabar dengan kita, kerana Dia tidak mahu seorang pun binasa dan Dia ingin semuanya bertaubat. Namun demikian, hari Tuhan akan tiba seperti datangnya pencuri pada malam hari. Langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh dan segala anasir akan lebur oleh kepanasan yang dahsyat, bumi serta segala yang wujud di dalamnya akan hangus terbakar.