2 PETRUS 3:11-12
2 PETRUS 3:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Semua itu akan dibinasakan dengan cara yang demikian. Oleh itu, bagaimanakah seharusnya kamu hidup? Kamu harus sentiasa hidup suci dan khas untuk Allah, sementara kamu menantikan Hari apabila Allah mengadili dunia. Hendaklah kamu berusaha sebaik-baiknya untuk mempercepat kedatangan Hari itu. Pada Hari itu langit akan terbakar dan musnah, dan benda-benda di langit akan lebur kerana bahangnya.
2 PETRUS 3:11-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka jikalau kiranya sagala pŭrkara ini akan dihanchurkan, maka apakah macham orang patut kamu jadi dalam sagala klakuan, dan kabaktian yang suchi? Mŭnantikan dŭngan rindu dŭndam akan kŭdatangan hari Allah itu, maka pada tŭtkala itu sŭbab langit itu kŭlak tŭrbakarlah dŭngan api hanchurlah iya, dan sagala anazer itupun kŭlak tŭrlŭbor dŭngan hangat sangat.
2 PETRUS 3:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab segala-galanya akan musnah, bagaimanakah sewajarnya kamu hidup? Kamu harus hidup suci dan taat akan Allah, sementara menanti dan mempercepat menjelangnya hari penghakiman Allah. Pada hari itu langit akan musnah terbakar dan segala anasir lebur oleh kepanasan yang dahsyat.