2 PETRUS 2:21-22
2 PETRUS 2:21-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Lebih baik orang seperti itu tidak pernah mengenal cara hidup yang dikehendaki oleh Allah, daripada mereka mengenalnya lalu tidak mahu mentaati perintah yang diberikan oleh Allah. Apa yang berlaku kepada mereka membuktikan bahawa peribahasa ini benar, “Anjing akan makan semula apa yang sudah dimuntahkannya,” dan “Babi yang sudah dimandikan, akan bergulingan semula di lumpur.”
2 PETRUS 2:21-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna tŭrlebih baik bagie marika itu kalau iya tiada mŭngatahui jalan kabŭnaran, deripada iya tŭlah mŭngatahui, kumdian bŭrpalinglah deripada hukuman yang suchi itu, yang tŭlah disŭrahkan kapadanya. Tŭtapi tŭlah jadi pada marika itu spŭrti pŭrkataan umpamaan yang bŭnar ini, Bahwa anjing itu tŭlah bŭrbaliklah iya mŭmakan muntahnya; dan babi yang tŭlah dibasohkan itu, kŭmbalilah iya mŭngglumang dalam lumpor.
2 PETRUS 2:21-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lebih baiklah jika dia tidak mengenal jalan yang benar, daripada mengenalnya, dan kemudian membelakangi perintah suci yang telah disampaikan kepadanya. Yang terjadi kepadanya itu seperti kata pepatah yang benar: “Anjing akan menjilat muntahnya kembali,” dan “Babi yang dimandikan akan berkubang semula di lumpur.”