2 RAJA-RAJA 3:17-20
2 RAJA-RAJA 3:17-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Walaupun tidak ada hujan atau angin, dasar sungai kecil ini akan penuh dengan air. Lalu engkau serta ternakan dan binatang pengangkut barang-barangmu akan mendapat cukup air minum.’ ” Elisa meneruskan lagi, “Perkara ini mudah bagi TUHAN. Dia juga akan memberi tuanku kemenangan terhadap orang Moab. Tuanku akan mengalahkan semua kota mereka yang berkubu dan yang indah. Tuanku akan menebang semua pokok buah-buahan mereka, menutup semua mata air dan semua ladang mereka yang subur akan dilempari batu sampai rosak sama sekali.” Esok paginya, pada masa korban pagi biasa dipersembahkan, air mengalir dari arah Edom lalu memenuhi dasar sungai yang kering itu.
2 RAJA-RAJA 3:17-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
kerana beginilah firman TUHAN, ‘Kamu tidak akan melihat angin ataupun hujan, tetapi lembah ini akan dipenuhi air sehingga kamu, ternakanmu, dan binatangmu dapat minum.’ Itu hanyalah perkara ringan di mata TUHAN. Dia juga akan menyerahkan orang Moab ke dalam tanganmu. Kamu akan mengalahkan semua kota berkubu, juga semua kota pilihan. Kamu akan menumbangkan semua pokok yang baik, menutup semua mata air, dan merosakkan semua ladang yang baik dengan batu.” Pada pagi esok, kira-kira pada waktu orang mempersembahkan persembahan bahan makanan, tiba-tiba datanglah air dari arah Edom sehingga negeri itu dipenuhi air.