2 RAJA-RAJA 23:12-14
2 RAJA-RAJA 23:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Baginda merobohkan mazbah-mazbah yang dibina oleh raja-raja Yehuda di bumbung istana, di atas bilik-bilik Raja Ahas. Raja Yosia juga merobohkan mazbah-mazbah yang dibina oleh Raja Manasye di dua halaman Rumah TUHAN. Raja Yosia menghancurkan mazbah-mazbah itu lalu membuangnya ke dalam Lembah Kidron. Raja Yosia juga mencemarkan mazbah-mazbah yang dibina oleh Raja Salomo di sebelah timur Yerusalem, di sebelah selatan Bukit Zaitun bagi pemujaan dewa-dewa yang menjijikkan, iaitu Asytoret, dewa orang Sidon; Kamos, dewa orang Moab; dan Milkom, dewa orang Amon. Raja Yosia merobohkan lambang-lambang yang dikhaskan untuk Dewi Asyera, dan menghancurkan tiang-tiang batu, lalu menimbuni tanah itu dengan tulang-tulang manusia.
2 RAJA-RAJA 23:12-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Raja pun merobohkan mazbah-mazbah di atas bumbung bilik atas Ahas, yang dibuat oleh raja-raja Yehuda, dan juga tempat-tempat pembakaran korban yang dibuat oleh Manasye di kedua-dua laman dalaman Bait TUHAN. Disingkirkannya semua itu dari sana lalu dicampakkannya debunya ke Sungai Kidron. Raja pun menajiskan bukit-bukit pemujaan yang terletak di sebelah timur Yerusalem, di sebelah selatan Bukit Kehancuran yang dahulunya dibina oleh Salomo, raja Israel, untuk Asytoret, dewi kejijikan sembahan orang Sidon; untuk Kamos, dewa kejijikan sembahan orang Moab; dan untuk Milkom, dewa kejijikan sembahan bani Amon. Dihancurkannya tiang-tiang berhala dan ditebangnya patung-patung Asyera, lalu dipenuhinya tempat-tempat itu dengan tulang-tulang manusia.