2 KORINTUS 9:7-8
2 KORINTUS 9:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati. Allah berkuasa memberkati kamu dengan berlimpah-limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan. Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan baik.
2 KORINTUS 9:7-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Masing masing biarlah mŭmbri sŭkŭdar karelaan hatinya, bukannya dŭngan sŭgan, atau dŭngan paksa: kŭrna dikasihi Allah akan orang yang mŭmbri dŭngan bŭrsuka suka. Maka Allah itu bŭrkwasa iya akan mŭlempahkan sagala anugrah itu bagie kamu; supaya kamu kŭlak, sŭbab slalu mŭndapati skalian dŭngan sŭchukopnya sagala pŭrkara itu, bulihlah tŭrlempahkan dalam sagala pŭrbuatan yang baik adanya.
2 KORINTUS 9:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. Allah berkuasa melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadamu, supaya kamu dapat memenuhi segala keperluanmu dan berlebihan pula untuk amal kebajikan.