2 KORINTUS 9:6-8
2 KORINTUS 9:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Ingatlah! Orang yang menanam sedikit benih, akan mendapat tuaian yang sedikit. Tetapi orang yang menanam banyak benih, akan mendapat tuaian yang banyak juga. Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati. Allah berkuasa memberkati kamu dengan berlimpah-limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan. Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan baik.
2 KORINTUS 9:6-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi pŭrkataanku ini, Adapun orang yang mŭnabor dŭngan kikir itu, maka dŭngan kikir juga iya kŭlak mŭnuwie; maka orang yang mŭnabor dŭngan kamurahan itu, maka dŭngan kamurahan juga iya kŭlak mŭnuwie. Masing masing biarlah mŭmbri sŭkŭdar karelaan hatinya, bukannya dŭngan sŭgan, atau dŭngan paksa: kŭrna dikasihi Allah akan orang yang mŭmbri dŭngan bŭrsuka suka. Maka Allah itu bŭrkwasa iya akan mŭlempahkan sagala anugrah itu bagie kamu; supaya kamu kŭlak, sŭbab slalu mŭndapati skalian dŭngan sŭchukopnya sagala pŭrkara itu, bulihlah tŭrlempahkan dalam sagala pŭrbuatan yang baik adanya.
2 KORINTUS 9:6-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. Allah berkuasa melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadamu, supaya kamu dapat memenuhi segala keperluanmu dan berlebihan pula untuk amal kebajikan.