2 KORINTUS 9:6-11
2 KORINTUS 9:6-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Ingatlah! Orang yang menanam sedikit benih, akan mendapat tuaian yang sedikit. Tetapi orang yang menanam banyak benih, akan mendapat tuaian yang banyak juga. Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati. Allah berkuasa memberkati kamu dengan berlimpah-limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan. Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan baik. Di dalam Alkitab tertulis, “Dia bermurah hati kepada orang miskin, kebaikan hatinya kekal selama-lamanya.” Allah menyediakan benih untuk ditabur dan makanan untuk dimakan. Dia juga akan membekali kamu benih yang dapat kamu tanam, dan akan menyebabkan tanaman kamu tumbuh. Dengan demikian kamu semakin murah hati. Allah akan menjadikan kamu berkecukupan supaya kamu sentiasa dapat bermurah hati. Dengan demikian banyak orang akan bersyukur kepada Allah kerana derma yang kamu kirim melalui kami.
2 KORINTUS 9:6-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi pŭrkataanku ini, Adapun orang yang mŭnabor dŭngan kikir itu, maka dŭngan kikir juga iya kŭlak mŭnuwie; maka orang yang mŭnabor dŭngan kamurahan itu, maka dŭngan kamurahan juga iya kŭlak mŭnuwie. Masing masing biarlah mŭmbri sŭkŭdar karelaan hatinya, bukannya dŭngan sŭgan, atau dŭngan paksa: kŭrna dikasihi Allah akan orang yang mŭmbri dŭngan bŭrsuka suka. Maka Allah itu bŭrkwasa iya akan mŭlempahkan sagala anugrah itu bagie kamu; supaya kamu kŭlak, sŭbab slalu mŭndapati skalian dŭngan sŭchukopnya sagala pŭrkara itu, bulihlah tŭrlempahkan dalam sagala pŭrbuatan yang baik adanya. Spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Adapun iyalah tŭlah mŭnaborkan kliling; iyalah tŭlah mŭmbrikan kapada orang mŭskin: maka kabŭnarannya itupun tinggal sampie slama lamanya. Adapun skarang Tuhan yang mŭmbri bŭnih kapada orang yang mŭnabor itu juga mŭmbri rŭzki akan makanan kamu pun: sŭrta mŭmbanyakkan bŭnih kamu yang ditanam itu, dan mŭnambahkan buah buahan kabajikan kamu. Sŭbab kamu adalah kaya dalam sagala sŭsuatu sampie mŭndatangkan dŭrmawan yang mŭmbangkitkan dalam hati orang shukor kapada Allah.
2 KORINTUS 9:6-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. Allah berkuasa melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadamu, supaya kamu dapat memenuhi segala keperluanmu dan berlebihan pula untuk amal kebajikan. Sebagaimana tersurat, “Dia telah menaburkan kurnia-Nya di merata-rata dalam kalangan orang miskin; Perbenaran-Nya kekal selama-lamanya.” Allah telah menyediakan benih untuk disemai dan roti untuk dimakan. Semoga Allah melipatgandakan benih yang telah kamu semai dan memperbanyak buah hasil perbenaranmu, serta memperkaya kamu dalam segala hal, sehingga kamu dapat terus-menerus bermurah hati. Pemberianmu yang disampaikan melalui kami akan menimbulkan rasa syukur kepada Allah.