2 KORINTUS 9:5-8
2 KORINTUS 9:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, aku fikir perlu juga menggesa saudara-saudara itu supaya pergi kepada kamu lebih dahulu daripada aku untuk mengurus derma yang kamu janjikan itu. Dengan demikian derma itu telah tersedia apabila aku tiba. Hal itu menunjukkan bahawa derma itu kamu berikan dengan rela hati dan bukan kerana terpaksa. Ingatlah! Orang yang menanam sedikit benih, akan mendapat tuaian yang sedikit. Tetapi orang yang menanam banyak benih, akan mendapat tuaian yang banyak juga. Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati. Allah berkuasa memberkati kamu dengan berlimpah-limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan. Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan baik.
2 KORINTUS 9:5-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah aku tŭlah bŭrfikir, patutlah aku mŭminta kapada sagala saudara itu, supaya iya datang mŭndapatkan kamu tŭrdahulu, dan sŭdiakan dahulu akan pŭmbrian kamu yang dahulu tŭlah dibri tahu itu, supaya bulih sŭdia iya itulah kŭlak akan mŭnjadi suatu pŭmbrian bukannya tŭmaa. Tŭtapi pŭrkataanku ini, Adapun orang yang mŭnabor dŭngan kikir itu, maka dŭngan kikir juga iya kŭlak mŭnuwie; maka orang yang mŭnabor dŭngan kamurahan itu, maka dŭngan kamurahan juga iya kŭlak mŭnuwie. Masing masing biarlah mŭmbri sŭkŭdar karelaan hatinya, bukannya dŭngan sŭgan, atau dŭngan paksa: kŭrna dikasihi Allah akan orang yang mŭmbri dŭngan bŭrsuka suka. Maka Allah itu bŭrkwasa iya akan mŭlempahkan sagala anugrah itu bagie kamu; supaya kamu kŭlak, sŭbab slalu mŭndapati skalian dŭngan sŭchukopnya sagala pŭrkara itu, bulihlah tŭrlempahkan dalam sagala pŭrbuatan yang baik adanya.
2 KORINTUS 9:5-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian aku telah meminta saudara-saudara kita pergi terlebih dahulu menemui kamu dan mengatur pemberian yang telah kamu janjikan itu; biar pemberian itu terkumpul dari kemurahan hatimu, bukan kerana terpaksa. Ingatlah firman ini: Orang yang menyemai sedikit akan menuai sedikit, dan orang yang menyemai banyak akan menuai banyak. Masing-masing hendaklah memberi setulus hati, jangan dengan rasa enggan atau terpaksa, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan gembira. Allah berkuasa melimpahkan kasih kurnia-Nya kepadamu, supaya kamu dapat memenuhi segala keperluanmu dan berlebihan pula untuk amal kebajikan.