2 KORINTUS 8:1-7
2 KORINTUS 8:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, kami hendak kamu tahu bahawa Allah sangat baik kepada jemaah di Makedonia. Mereka sudah diuji dengan kesusahan yang berat, tetapi mereka sentiasa bersukacita. Mereka sangat miskin, tetapi mereka sangat murah hati. Aku dapat memberikan kesaksian bahawa mereka memberi menurut kemampuan mereka, bahkan lebih daripadanya. Dengan kehendak mereka sendiri, mereka meminta dan merayu kepada kami supaya dibenarkan membantu umat Allah di Yudea. Pemberian mereka itu melebihi apa yang kami harapkan! Mula-mula mereka menyerahkan diri kepada Tuhan, kemudian kepada kami juga, sesuai dengan kehendak Allah. Oleh itu kami menggesa Titus yang memulakan usaha mengumpulkan wang derma di kalangan kamu, supaya dia meneruskan usaha itu dan menyelesaikannya. Kamu unggul dalam semuanya: dalam kepercayaan kamu kepada Kristus, usaha kamu untuk mengkhabarkan Berita Baik, pengetahuan kamu tentang yang benar, usaha kamu untuk menolong, dan kasih kamu kepada kami. Oleh itu, kami juga ingin kamu unggul dalam usaha kamu yang baik ini.
2 KORINTUS 8:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
TAMBAHAN pula hie saudara saudaraku, bahwa kami mŭma’alomkan kapada kamu deri hal anugrah Allah yang tŭlah dikurniakannya kapada sagala sidang jŭmaah yang diMakadonia; Bagimana dalam bŭsar pŭrchobaan kasukaran itu, maka kalempahan kagŭmaran marika itu sŭrta dŭngan kapapaannya sangat tŭlah mŭliputilah akan kakayaan kamurahan marika itu. Kŭrna deri hal kwasa marika itu, aku akan mŭnjadi saksi, bahkan, tŭrlebih deripada kwasanya iyalah sŭndiri mŭrelakan; Iya mŭmohonkan kapada kami dŭngan bŭbrapa pŭrmintaan supaya kami mŭnŭrima sŭdŭkah itu, dan mŭnangong pŭkŭrjaan mŭmliharakan orang orang salih itu. Dan bukannya spŭrti kami harap itu, mŭlainkan tŭrdahulu disŭrahkannya dirinya kapada Tuhan, dan kumdian kapada kami dŭngan kahandak Allah. Sahingga kami mŭminta kapada Titus, spŭrti iya tŭlah sudah mŭmulai, maka dŭmkianlah juga handaknya dihabiskannya kapadamu pun dŭngan kurnia yang sama juga. Sŭbab itu spŭrti kamu tŭlah lempahlah dalam sagala pŭrkara itu, iya itu iman, dan pŭrkataan, dan pŭngatahuan, sŭrta dŭngan sagala usaha, dan pŭngasihan kamu akan kami, bahwa ingatlah supaya kamu bŭrlempah pula dalam kurnia inipun.
2 KORINTUS 8:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kami ingin memberitahumu, saudara-saudaraku, tentang kasih kurnia Allah kepada jemaah-jemaah di Makedonia. Sungguhpun mereka banyak diuji dengan kesusahan, namun kegembiraan mereka melimpah. Walaupun mereka sangat miskin, mereka kaya dalam kemurahan hati. Aku dapat memberikan kesaksian bahawa dengan rela hati mereka telah memberi setakat termampu, malah lebih daripada itu. Mereka telah meminta bersungguh-sungguh kepada kami agar mereka diberi anugerah untuk menyumbang kepada keperluan orang salih. Hal ini benar-benar di luar jangkaan kami. Mereka mempersembahkan diri pertama-tama kepada Tuhan, kemudian kepada kami juga dengan kehendak Allah. Oleh itu, kami meminta bersungguh-sungguh kepada Titus, yang telah memulakan usaha itu, supaya melanjutkan pekerjaan yang mulia itu dalam kalanganmu. Jadi, sebagaimana kamu kaya dalam segala hal dalam iman, kata-kata, pengetahuan, kesungguhan dan dalam kasihmu kepada kami hendaklah kamu kaya juga dalam pekerjaan yang mulia itu.