2 KORINTUS 7:5-7
2 KORINTUS 7:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila kami tiba di Makedonia, kami tidak sempat melepaskan lelah. Di mana-mana sahaja kami menemui kesukaran: pertengkaran dengan orang lain, dan kecemasan dalam hati. Tetapi syukurlah, kerana Allah yang sentiasa menggalakkan orang yang lemah semangat, telah membesarkan hati kami dengan kedatangan Titus. Kami terhibur bukan sahaja kerana kedatangannya, tetapi juga kerana laporannya bahawa kamu telah menggalakkan dia. Titus memberitahu kami bahawa kamu ingin berjumpa dengan aku, bahawa kamu menyesali perbuatan kamu dan bahawa sekarang kamu bersedia membela aku. Hal itu menjadikan aku lebih bersukacita lagi.
2 KORINTUS 7:5-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna apabila kami masok kadalam nŭgri Makadonia, maka tiadalah dapat pŭrhŭntian tuboh kami, mŭlainkan kami mŭndapat kasukaran bŭrkŭliling; bahwa pada lahirnya pŭprangan, dan pada batinnya katakotan. Kandatilah, Allah yang tŭlah mŭnghiburkan akan sagala orang yang bŭrsusah itu, maka iya tŭlah juga mŭnghiburkan kami ulih kadatangan Titus. Maka bukannya sŭbab kadatangannya sahja, mŭlainkan ulih sŭbab kasukaan yang tŭlah dihiburkannya kŭrna kamu, apabila iya mŭmbri tahu kapada kami akan rindu kamu sangat, dan pŭrkabongan ka mu, dan rajin hati kamu akan daku; sahingga tŭrlebihlah aku tŭrmasa.
2 KORINTUS 7:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah sampai di Makedonia, ternyata kami langsung tidak mengalami ketenangan dalam batin. Kami menanggung pelbagai kesusahan: persengketaan dari luar, dan ketakutan dalam diri sendiri. Tetapi Allah, yang menghibur orang yang putus asa, menghibur kami dengan kedatangan Titus. Bukan kedatangannya sahaja yang menghibur, malah juga penghiburan yang didapatinya keranamu. Dia bercerita kepada kami tentang kerinduanmu, penyesalanmu, dan kesungguhan semangatmu menyokongku, yang lebih menggembirakan lagi hatiku.