2 KORINTUS 7:2-7
2 KORINTUS 7:2-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Sambutlah kami di hati kamu. Kami tidak bersalah terhadap sesiapa pun, atau merosakkan iman orang, ataupun merugikan orang lain. Aku berkata demikian bukannya untuk menyalahkan kamu, kerana aku pernah berkata bahawa kami sangat mengasihi kamu dan bersedia sehidup semati. Aku mempunyai keyakinan penuh terhadap kamu dan aku bangga sekali dengan kamu. Meskipun kami mengalami banyak kesukaran, aku tetap bersemangat dan penuh kegembiraan. Apabila kami tiba di Makedonia, kami tidak sempat melepaskan lelah. Di mana-mana sahaja kami menemui kesukaran: pertengkaran dengan orang lain, dan kecemasan dalam hati. Tetapi syukurlah, kerana Allah yang sentiasa menggalakkan orang yang lemah semangat, telah membesarkan hati kami dengan kedatangan Titus. Kami terhibur bukan sahaja kerana kedatangannya, tetapi juga kerana laporannya bahawa kamu telah menggalakkan dia. Titus memberitahu kami bahawa kamu ingin berjumpa dengan aku, bahawa kamu menyesali perbuatan kamu dan bahawa sekarang kamu bersedia membela aku. Hal itu menjadikan aku lebih bersukacita lagi.
2 KORINTUS 7:2-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Trimalah akan kami; tiada kami mŭmbuat salah pada barang sa’orang, dan tiada kami mŭrosakkan barang sa’orang, tiada kami mŭmpŭrdayakan barang sa’orang. Maka bukannya aku bŭrkata ini sŭbab handak mŭnyalahkan kamu; kŭrna dahulu sudah ada pŭrkataanku, adapun kamu adalah dalam hati kami handak mati dan hidop bŭrsama sama. Brani bŭsarlah pŭrkataanku kapada kamu, dan bŭsarlah kamulianku deripadamu: maka aku tŭlah pŭnohlah dŭngan pŭnghiburan, dan aku tŭrsangatlah gŭmar dalam sagala kasukaran kami. Kŭrna apabila kami masok kadalam nŭgri Makadonia, maka tiadalah dapat pŭrhŭntian tuboh kami, mŭlainkan kami mŭndapat kasukaran bŭrkŭliling; bahwa pada lahirnya pŭprangan, dan pada batinnya katakotan. Kandatilah, Allah yang tŭlah mŭnghiburkan akan sagala orang yang bŭrsusah itu, maka iya tŭlah juga mŭnghiburkan kami ulih kadatangan Titus. Maka bukannya sŭbab kadatangannya sahja, mŭlainkan ulih sŭbab kasukaan yang tŭlah dihiburkannya kŭrna kamu, apabila iya mŭmbri tahu kapada kami akan rindu kamu sangat, dan pŭrkabongan ka mu, dan rajin hati kamu akan daku; sahingga tŭrlebihlah aku tŭrmasa.
2 KORINTUS 7:2-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berikanlah tempat bagi kami dalam hatimu. Kami tidak pernah berbuat salah kepada sesiapa. Kami tidak pernah merosakkan iman atau memperalatkan sesiapa. Aku berkata demikian bukan untuk menyalahkan kamu, kerana tadi aku menyatakan bahawa kamu telah mendapat tempat dalam hati kami, maka kita sehidup semati. Aku sangat mempercayaimu dan berbangga denganmu. Aku sangat terhibur, dan dalam segala kesusahan kami, hatiku dipenuhi kegembiraan. Setelah sampai di Makedonia, ternyata kami langsung tidak mengalami ketenangan dalam batin. Kami menanggung pelbagai kesusahan: persengketaan dari luar, dan ketakutan dalam diri sendiri. Tetapi Allah, yang menghibur orang yang putus asa, menghibur kami dengan kedatangan Titus. Bukan kedatangannya sahaja yang menghibur, malah juga penghiburan yang didapatinya keranamu. Dia bercerita kepada kami tentang kerinduanmu, penyesalanmu, dan kesungguhan semangatmu menyokongku, yang lebih menggembirakan lagi hatiku.