2 KORINTUS 6:14-18
2 KORINTUS 6:14-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah cuba bekerjasama dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, kerana hal itu tidak sesuai. Kebaikan dan kejahatan tidak dapat bekerjasama. Cahaya dan kegelapan tidak dapat bersama-sama. Kristus tidak dapat bersetuju dengan Iblis. Orang Kristian tidak mempunyai hal yang sama dengan orang bukan Kristian. Tempat kediaman Allah tidak ada hubungannya dengan berhala. Kita ini tempat kediaman Allah yang hidup. Allah sendiri berfirman, “Aku akan tinggal bersama-sama mereka, dan hidup antara mereka; Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. Oleh itu, tinggalkanlah orang yang tidak mengenal Allah, dan asingkan diri daripada mereka. Janganlah berhubungan dengan sesuatu pun yang najis, maka Aku akan menerima kamu. Aku akan menjadi Bapa kamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku lelaki dan perempuan, demikianlah firman Tuhan Yang Maha Kuasa.”
2 KORINTUS 6:14-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka janganlah kamu bŭrjodoh tiada dŭngan sŭtara, iya itu dŭngan orang yang tiada bŭriman: kŭrna apakah ada pŭrhubongan bŭnar dŭngan tiada bŭnar? dan apakah ada samanya trang dŭngan glap itu. Dan apakah ada stuju Almasih dŭngan Shietan? atau apakah ada bahgian pada orang yang bŭriman dŭngan kafir itu? Dan apakah ada sbahuan ka’abah Allah dŭngan bŭrhala bŭrhala? kŭrna kamu inilah ka’abah Allah yang hidop itu; spŭrti fŭrman Allah, Bahwa aku akan diam dalam marika itu, dan bŭrjalan sŭrtanya; maka akulah kŭlak akan mŭnjadi Allahnya, dan marika itulah kŭlak mŭnjadi kaumku. Maka sŭbab itulah fŭrman Tuhan, Kluarlah kamu deri antaranya, dan bŭrchŭrielah, dan janganlah mŭnjamah yang nŭjis itu, maka aku akan mŭnŭrima kamu. Dan mŭnjadi Ayah kamu dan kamu ini kŭlak mŭnjadi anak laki laki dan pŭrumpuanku, fŭrman Tuhan yang maha kwasa.
2 KORINTUS 6:14-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Janganlah berpasangan dengan orang yang tidak beriman. Pasangan begitu tidak sepadan; kerana adakah persamaan antara yang benar dengan yang derhaka? Dapatkah terang bersatu dengan gelap? Adakah muafakat antara Kristus dengan Belial? Adakah kesamaan antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman? Apakah hubungannya antara bait Allah dengan berhala-berhala? Kita ialah bait Allah yang hidup, seperti dalam firman-Nya, “Aku akan tinggal dalam mereka dan berjalan di antara mereka. Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.” Oleh itu, “Keluarlah daripada kalangan mereka, dan asingkanlah dirimu daripada mereka,” demikianlah firman Tuhan. “Jangan sentuh yang najis, maka Aku akan menerimamu” “Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu, anak-anak-Ku lelaki perempuan, demikianlah firman Tuhan Yang Maha Kuasa.”