2 KORINTUS 6:1-2
2 KORINTUS 6:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami bekerja bersama-sama Allah. Oleh itu kami menggesa kamu supaya tidak mensia-siakan rahmat Allah yang sudah kamu terima. Di dalam Alkitab, Allah berfirman, “Pada masa yang diperkenankan, Aku sudah mendengarkan engkau, dan pada hari penyelamatan, Aku sudah menolong engkau.” Ketahuilah bahawa sekaranglah masa yang diperkenankan Allah, dan sekaranglah hari kamu diselamatkan!
2 KORINTUS 6:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA skarang spŭrti adalah kami bŭkŭrja bŭrsama sama dŭngan dia, mŭminta sangat kapada kamu supaya jangan kiranya kamu mŭnŭrima anugrah Allah itu dŭngan sia sia. Kŭrna Allah tŭlah bŭrfŭrman, bahwa pada waktu karelaan aku tŭlah pŭrkŭnankan angkau, dan pada hari slamat pun aku tŭlah mŭnulong akan dikau; maka sŭsungguhnya skarang inilah waktu karelaan; maka bahwasanya skarang inilah hari slamat itu.
2 KORINTUS 6:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebagai rakan-rakan sekerja, kami meminta kepadamu, janganlah sia-siakan kasih kurnia Allah yang telah kamu terima, kerana demikianlah firman-Nya, “Aku telah mendengar kata-katamu ketika Aku berkenan dan pada hari penyelamatan, Aku telah menolongmu.” Sekaranglah waktunya Allah berkenan dan sekaranglah hari penyelamatan itu.