2 KORINTUS 5:9-10
2 KORINTUS 5:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu kami ingin menyenangkan hati Tuhan, baik selama kami di tubuh ini di sini, ataupun di sana. Hal itu demikian kerana kita semua harus menghadap Kristus, yang akan menghakimi kita semua. Setiap orang akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya di dunia ini - perbuatan baik ataupun jahat.
2 KORINTUS 5:9-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah kami bŭrusaha, kalau bŭrhalir atau tidak, asal kami ditrimanya. Kŭrna ta’dapat tiada kami skalian akan mŭnghadap singgahsana hukum Almasih; supaya masing masing orang mŭnanggong barang sŭsuatu yang dipŭrbuat ulih tuboh, sŭkŭdar pŭrbuatannya deripada baik atau jahat.
2 KORINTUS 5:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian, baik ketika masih mendiami tubuh ini mahupun ketika dipisahkan darinya, kami berusaha supaya tetap diredai-Nya. Kita semua akan dihadapkan ke pengadilan Kristus, dan setiap orang akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan dalam hidupnya, baik ataupun jahat.