2 KORINTUS 5:6-10
2 KORINTUS 5:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu kami sentiasa tabah hati. Kami tahu bahawa selama kami tinggal di dalam tubuh ini, kami jauh dari tempat tinggal yang akan kami diami bersama-sama Tuhan. Hidup kami berdasarkan kepercayaan kepada Kristus, dan bukan berdasarkan apa yang dapat dilihat. Itulah sebabnya kami tabah hati. Kami lebih suka meninggalkan tubuh ini, supaya dapat tinggal bersama-sama Tuhan. Oleh itu kami ingin menyenangkan hati Tuhan, baik selama kami di tubuh ini di sini, ataupun di sana. Hal itu demikian kerana kita semua harus menghadap Kristus, yang akan menghakimi kita semua. Setiap orang akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya di dunia ini - perbuatan baik ataupun jahat.
2 KORINTUS 5:6-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah slalu kami harap, sŭbab kami tŭlah mŭngatahui, bahwa slagi kami ada dituboh itu, maka kami ta’dalah kapada Tuhan. Kŭrna kami bŭrlaku ulih iman, bukannya ulih pŭnglihatan. Maka adalah kami harap, sŭrta relalah lebih akan tŭrchŭrie deripada tuboh, sŭrta mŭnghadap Tuhan. Maka sŭbab itulah kami bŭrusaha, kalau bŭrhalir atau tidak, asal kami ditrimanya. Kŭrna ta’dapat tiada kami skalian akan mŭnghadap singgahsana hukum Almasih; supaya masing masing orang mŭnanggong barang sŭsuatu yang dipŭrbuat ulih tuboh, sŭkŭdar pŭrbuatannya deripada baik atau jahat.
2 KORINTUS 5:6-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, kami sentiasa yakin. Kami tahu bahawa selagi kami mendiami tubuh ini, kami masih jauh daripada Tuhan; Sebabnya kami hidup dengan iman, bukan dengan penglihatan. Kami sentiasa yakin. Sebenarnya kami lebih suka jika dipisahkan dari tubuh ini dan tinggal bersama Tuhan. Dengan demikian, baik ketika masih mendiami tubuh ini mahupun ketika dipisahkan darinya, kami berusaha supaya tetap diredai-Nya. Kita semua akan dihadapkan ke pengadilan Kristus, dan setiap orang akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan dalam hidupnya, baik ataupun jahat.