2 KORINTUS 5:14-20
2 KORINTUS 5:14-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami dikuasai oleh kasih Kristus; kami sedar bahawa satu orang, iaitu Yesus Kristus sudah mati untuk semua orang. Hal ini bererti bahawa semua orang juga sudah mati secara rohani. Kristus mati untuk semua orang, supaya orang yang hidup tidak lagi hidup untuk diri sendiri, melainkan untuk Dia yang sudah mati dan dibangkitkan untuk kebaikan mereka. Oleh itu, kami tidak lagi menilai seseorang menurut penilaian manusia. Dahulu kami memang pernah menilai Kristus menurut penilaian manusia, tetapi sekarang tidak lagi. Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula. Semua itu dilakukan oleh Allah. Melalui Kristus, Allah sudah mengubah kita daripada musuh menjadi sahabat-Nya. Dia juga menugaskan kita supaya menjadikan orang lain sahabat-Nya juga. Inilah yang kami isytiharkan: Melalui Kristus, Allah menjadikan semua orang sahabat-Nya. Dengan rela hati Allah mengampunkan dosa mereka. Dia sudah menugaskan kami untuk memberitakan hal itu. Demikianlah kami berkata-kata bagi pihak Kristus, seolah-olah Allah sendiri memohon kepada kamu melalui kami. Kami menggesa kamu bagi pihak Kristus, supaya kamu membolehkan Allah mengubah kamu daripada musuh menjadi sahabat-Nya.
2 KORINTUS 5:14-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna pŭngasihan Almasih itu mŭnggagahi kami; sŭbab kami mŭngirakan dŭmkian ini, bahwa jikalau sa’orang sudah mati ganti sŭmua orang, maka sŭsunguhnya sŭmua orang itu pun tŭlah matilah adanya. Maka iya tŭlah mati mŭnggantikan skaliannya, supaya sagala orang yang hidop itu jangan hidop deripada masa ini lagi bagie dirinya, mŭlainkan bagie dia yang tŭlah mati, dan tŭlah bŭrbangkit ganti marika itu. Maka sŭbab itulah deripada masa ini tiada kami mŭngŭnal barang sa’orang jua pun mŭnurot pri manusia: bahkan jikalau kiranya kamu tŭlah mŭngŭnal akan Almasih itu mŭnurot pri manusia skalipun, tŭtapi deripada masa ini skarang tiadalah kamu mŭngŭnal akan dia lagi. Maka sŭbab itulah jikalau barang sa’orang yang ada dalam Almasih, iyalah suatu kajadian yang bahru adanya: maka sagala pŭrkara yang lama itu sudah lalulah, maka sŭsungguhnya sagala pŭrkara itu mŭnjadi bahru. Maka sagala pŭrkara itu tŭlah jadi deripada Allah, yang tŭlah mŭndamiekan dŭngan Tuhan ulih bŭrkat Isa Almasih, dan yang mŭngurniakan pada kami jawatan pŭrdamiean ini. Akan mŭnjadi saksi, bahwa Allah dalam Almasih, akan pŭrdamiekan dŭngan dirinya orang isi dunia ini, tiada mŭlŭtakkan kŭsalahannya kaatas marika itu, dan tŭlah disŭrahkannya pŭrkataan pŭrdamiean itu kapada kami. Maka adalah skarang ini kami mŭnjadi utus utusan Almasih, maka iya itu sa’olah olah Allah mŭminta kamu sangat sangat, ulih kami, maka kami mŭmohonkan ganti Almasih, handaklah kiranya kamu bŭrdamie kapada Allah
2 KORINTUS 5:14-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kasih Kristus menguasai hidup kami, dan kami yakin bahawa apabila seseorang telah mati bagi semua orang, maka semua orang itu pun telah mati. Dia telah mati bagi semua orang, supaya mereka yang hidup tidak lagi hidup untuk diri sendiri tetapi untuk Dia yang telah mati dan telah dibangkitkan bagi mereka. Oleh itu, dari saat itu kami tidak memandang orang berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Memang kami pernah memandang Kristus secara lahiriah tetapi kini tidak lagi. Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru. Semuanya datang daripada Allah, yang telah mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pelayanan pendamaian itu. Dalam Kristus, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkan-Nya kepada kami. Kami ialah para duta Kristus. Melalui kami, Allah menyampaikan apa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu, demi Kristus, kami meminta kepadamu: Berdamailah semula dengan Allah!