2 KORINTUS 5:14-15
2 KORINTUS 5:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami dikuasai oleh kasih Kristus; kami sedar bahawa satu orang, iaitu Yesus Kristus sudah mati untuk semua orang. Hal ini bererti bahawa semua orang juga sudah mati secara rohani. Kristus mati untuk semua orang, supaya orang yang hidup tidak lagi hidup untuk diri sendiri, melainkan untuk Dia yang sudah mati dan dibangkitkan untuk kebaikan mereka.
2 KORINTUS 5:14-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna pŭngasihan Almasih itu mŭnggagahi kami; sŭbab kami mŭngirakan dŭmkian ini, bahwa jikalau sa’orang sudah mati ganti sŭmua orang, maka sŭsunguhnya sŭmua orang itu pun tŭlah matilah adanya. Maka iya tŭlah mati mŭnggantikan skaliannya, supaya sagala orang yang hidop itu jangan hidop deripada masa ini lagi bagie dirinya, mŭlainkan bagie dia yang tŭlah mati, dan tŭlah bŭrbangkit ganti marika itu.
2 KORINTUS 5:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kasih Kristus menguasai hidup kami, dan kami yakin bahawa apabila seseorang telah mati bagi semua orang, maka semua orang itu pun telah mati. Dia telah mati bagi semua orang, supaya mereka yang hidup tidak lagi hidup untuk diri sendiri tetapi untuk Dia yang telah mati dan telah dibangkitkan bagi mereka.